IPOH: Polis menahan enam lelaki semalam disyaki terbabit dalam pergaduhan di hadapan Klinik Kesihatan Taiping, Jalan Tupai seperti yang tular menerusi media sosial.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata kejadian yang berlaku pada Rabu lepas itu melibatkan seorang mangsa berusia 48 tahun.
"Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 19 hingga 37 tahun. Polis turut merampas sebatang rotan dan kayu disyaki digunakan dalam pergaduhan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Razlam berkata hasil siasatan mendapati pergaduhan tersebut berpunca daripada masalah keluarga.
"Dua daripada lelaki itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah. Kesemua yang ditahan direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.
Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta menularkan video kejadian kerana kes masih dalam siasatan selain mengelak daripada mendatangkan kebimbangan terhadap orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023

Razlam berkata hasil siasatan mendapati pergaduhan tersebut berpunca daripada masalah keluarga. - Gambar hiasan

Netanyahu terpaksa tangguh lawatan ke London
Keengganan juruterbang itu dikaitkan dengan rancangan Netanyahu untuk menyusun semula sistem perundangan Israel, yang menyebabkan protes besar-besaran.

Malaysia gesa diwujudkan agensi PBB urus isu air
Malaysia mencadangkan diwujudkan sebuah agensi khusus untuk air di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksanakan Agenda Tindakan Air.

Inisiatif Pucuk Hijau UMW: Kenapa pokok bakau?
Sasaran Kumpulan UMW untuk tanam 300,000 pokok bakau di seluruh Malaysia semakin dihampiri.

AWANI Ringkas: Tiada lagi monopoli Puspakom untuk perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Wartawan Belarus di hukum penjara tiga tahun
Sebuah mahkamah di Belarus pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada seorang wartawan kerana mencetuskan kebencian dan perselisihan terhadap penguatkuasa undang-undang.

Banci Ekonomi 2023 juga dapat bantu rakyat buat keputusan
Rakyat boleh membuat keputusan strategik untuk kehidupan mereka berdasarkan data menyeluruh yang terkumpul daripada banci ini.

Inisiatif Pucuk Hijau UMW hampiri sasaran tanam 300,000 pokok bakau
Setakat 31 Januari tempoh hari, sekitar 174,000 pokok bakau sudah ditanam sejak kempen bermula pada pertengahan 2022.

Tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia - Elon Musk
Sistem pengesahan tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia, kata pemilik syarikat Elon Musk pada Khamis.

China menentang Amerika Syarikat memaksa penjualan TikTok
Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting berkata kerajaan China menentang sebarang perancangan Amerika Syarikat untuk memaksa ByteDance menjual platform media sosialnya, TikTok.

Rohana pulangkan AS$10 juta, tidak tahu sumber dana berkait 1MDB - Sumber SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki telah mengesahkan pemulangan wang AS$10 juta tersebut ketika dihubungi.

Kes bekas pegawai kanan tinggi polis, isteri dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya
Kertas siasatan berhubung kejadian melibatkan seorang bekas pegawai kanan tinggi polis dan isterinya, telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Polis tahan lelaki pamer pistol, gari
Seorang lelaki ditahan selepas videonya tular di media sosial baru-baru ini yang memaparkan tangannya bergari dan memegang senjata api di dalam sebuah kenderaan.

Video tular: 11 lelaki ditahan bergaduh di inap desa
Seramai 11 lelaki warga tempatan ditahan kerana dipercayai terbabit dalam satu pergaduhan di sebuah inap desa di Sri Gading, yang menjadi tular hari ini.

Wanita curi duit di kaunter bas ada masalah mental
Polis menyerahkan seorang wanita yang dipercayai memiliki masalah mental ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim pada Khamis, setelah wanita berkenaan ditahan kerana cuba mencuri wang.

Lelaki warga emas ditahan ugut guna batu
Lelaki itu ditahan pada 3 petang Rabu di Balai Polis Sentul selepas membuat laporan mengenai kejadian berkenaan.

Tular: Polis buka 2 kertas siasatan kes buli di sekolah Kota Kinabalu
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian buli di sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu yang berlaku Selasa lalu, yang rakaman video mengenainya menjadi tular.

Guru, netizen perlu elak sebar video pergaduhan di sekolah - Fadhlina
Semua guru serta netizen di negara ini disaran tidak menyebarkan sebarang rakaman video melibatkan insiden pergaduhan di sekolah.

Polis tahan dua lelaki bermotosikal disyaki ganggu wanita
ACP Raub Selamat berkata berdasarkan siasatan, video kejadian itu dirakam pada 9.42 malam, Rabu lepas.

Kanak-kanak 4 tahun mangsa dera ditemui bersendirian tepi jalan
Seorang kanak-kanak lelaki mangsa dera dijumpai duduk bersendirian di tepi jalan simpang tiga berhampiran Pangsapuri Cheras Utama, Batu 9, Cheras.

6 lelaki ditahan gaduh di hadapan klinik kesihatan
Polis menahan enam lelaki semalam disyaki terbabit dalam pergaduhan di hadapan Klinik Kesihatan Taiping, Jalan Tupai seperti yang tular menerusi media sosial.