Siapa yang suka dirinya dipergunakan, tiada bukan? Namun, kita sendiri tidak menyedarinya kerana perasaan yang terlalu mendalam terhadap pasangan. Untuk mengatasi masalah ini, lihat apakah tanda-tanda yang menunjukkan diri anda sedang dipergunakan?
wedfdwedwd.jpg
1. Terlalu mengharap sesuatu yang berbentuk materialistik. Pasangan yang menerima anda seadanya tidak akan sesekali mengharapkan sesuatu yang berbentuk materialistik semata-mata. Mereka akan menghargai setiap apa yang anda mampu berikan tanpa menilai barangan tersebut. Ini kerana dalam perhubungan, nilai sesuatu barang bukanlah menjadi keutamaan. Apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana pasangan menunjukkan penghargaan terhadap diri anda.

2. Mereka tidak pernah menceritakan mengenai diri anda terhadap orang lain. Kehidupan adalah mengenai perkongsian hidup. Sekiranya kehadiran anda dalam hidup mereka tidak pernah dikongsikan bersama rakan terdekat, keluarga atau sebagainya, mungkin anda masih tidak memberi kesan dalam hidup mereka. Anda dinasihatkan untuk tidak terlalu mengharap.

3. Berat sebelah. Jika hanya sebelah pihak sahaja yang menerima faedah dan sebelah lagi hanya menanggung kesalahan, ia bukanlah dinamakan suatu perhubungan. Ini kerana perhubungan memerlukan situasi menang-menang buat kedua-dua belah pihak. Sekiranya hanya anda sahaja dipersalahkan atas setiap apa yang terjadi, ia adalah tanda bahawa anda sebenarnya telah dipergunakan.

4. Masa. Apabila mereka hanya mencari anda pada waktu kesusahan dan tidak pernah berkongsi kegembiraan bersama, ia juga merupakan tanda bahawa anda sedang dipergunakan. Seseorang yang betul-betul menghargai kehadiran anda sudah pasti akan berkongsi saat susah senang bersama.

5. Mereka tidak mahu diperkenalkan dengan rakan ataupun keluarga anda. Untuk masalah ini, mungkin ada sesetengah alasan yang kukuh boleh diterima pakai sekiranya mereka tidak mahu diri mereka dikenali terlebih dahulu. Tetapi sekiranya mereka tidak mampu memberi alasan yang kukuh mengapa mereka tidak mahu berbuat demikian, ia menunjukkan bahawa mereka sebenarnya cuba lari daripada tanggungjawab yang lebih besar.

6. Dipukul. Adakah anda pernah dipukul oleh pasangan? Tanggungjawab hidup berpasangan adalah untuk melindungi antara satu sama lain dan bukannya untuk disakiti. Sekiranya perkara asas pun mereka tidak mampu lakukan, adakah anda merasakan mereka sedia untuk berkongsi hidup? Oh, lupakan sahaja niat kamu untuk sehidup semati dengannya!