OLEH : HUDA HUSSAIN
Kongsikan latar belakang anda, siapa Zaida Ibrahim yang boleh kami cungkil personalitinya?
Saya adalah graduan jurusan Ekonomi dan Kewangan dari University of London. Sekembalinya ke ibu kota, saya bekerja di sebuah bank selama lima tahun. Kemudian saya bekerja di Michael Page, sebuah recruitment company selama tiga tahun dan kemudian saya menceburi bisnes ini – minuman kesihatan Impressed Cold Pressed Juice dan juice cleanse di Nu Sentral. Saya bersama rakan kongsi, Amelia Nahar membuka perniagaan ini Mei lalu.
Bagaimana timbulnya idea untuk mengeluarkan minuman kesihatan Cold Pressed Juice?
Secara peribadi, saya memang mengamalkan gaya hidup sihat dan saya ingin memulakan perniagaan yang menjurus kepada kesihatan dan mencerminkan gaya hidup yang sihat. Dan untuk itu, saya mulakan terlebih dahulu dengan bisnes ini. Ia kerana kita sebagai masyarakat Malaysia harus mula bertindak ke arah mempraktikkan gaya hidup yang lebih sihat. Saya bersenam dan saya akan pastikan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu saya ke gimnasium. Selain itu saya turut menjaga pemakanan bagi memastikan ia ideal dengan senaman atau aktiviti kecergasan yang dilakukan. Di New York dan Australia misalnya, Cold Pressed Juice sudah dikenali dalam kalangan masyarakatnya. Dan apa yang kami usahakan adalah untuk menyuntik kesedaran dalam mencapai gaya hidup sihat bermula daripada pemakanan dan minuman.
Mengenai Cold Pressed Juice, bagaimana anda mengolah dan mencipta resipi jus kesihatan ini?
Saya bersama rakan kongsi melakukan banyak kajian, sample testing dan sebagainya. Proses mencipta resipi ini mengambil masa kira-kira sebulan. Ini penting kerana kami perlu tahu dan kenal pasti buah-buahan dan sayur-sayuran apa yang berkhasiat, apa yang sesuai dan tidak. Cold Pressed Juice adalah kombinasi buah-buahan dan sayur-sayuran tanpa menggunakan sebarang pewarna, pengawet atau perisa tambahan. Kami juga tidak menambahkan air atau gula kerana secara alaminya, buah-buahan sudah tersedia manis. Ia diambil segar 100% daripada buah-buahan dan sayur-sayuran mentah. Bagaimana kami memprosesnya menjadi jus, adalah menggunakan sebuah mesin khas yang dibeli dari Amerika Syarikat. Jika anda mengisar buah-buahan atau sayur-sayuran, terdapat gumpalan hampas yang sebenarnya telah menghilangkan khasiat buah-buahan atau sayur-sayuran tersebut. Cold Pressed Juice tidak meninggalkan sebarang sisa kerana ia menekan sayur-sayuran dan buah-buahan malah hasil yang keluar adalah jus segar. Cold Pressed Juice adalah pilihan terbaik kerana ia masih mengekalkan zat dan khasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Misalnya dalam sebotol green juice Impressed Cold Pressed Juice yang terdiri daripada campuran timun, bayam, epal hijau, salad dan saleri menyamai dengan kuantiti dua kilogram sayuran. Secara logiknya, adakah sayur yang kita makan sehari menyamai kuantiti sedemikian? Justeru dengan adanya Cold Pressed Juice ia membantu anda mendapatkan nutrien dan khasiat yang diperlukan hanya dalam sebotol jus. Selain itu, kami lakukan demonstrasi dan berikan kepada rakan- rakan yang tidak menggemari buah-buahan atau sayur-sayuran kerana kami ingin mendapatkan maklum balas sama ada ia sedapatautidak.Takutjugakalautidaksedap,tiadaorangyang akan minum. Maka dengan itu kami tetapi saya percaya dengan menjaga kesihatan tubuh melalui senaman dan aktiviti kecergasan mampu memberi keyakinan kepada diri saya.