InTrenders! Jadikanlah wangian Syahirah Jewel EDT sebagai pendamping dirimu kerana ia membantu menyerlahkan personaliti sekali gus mewarnai perjalanan hidupmu menjadi lebih bermakna. Kamu boleh memilih empat aroma nan harum daripada rangkaian Syahirah Jewel EDT ini mengikut kesukaanmu iaitu Crystal yang menceriakan jiwamu, Aquamarine yang membangkitkan keyakinan, Diamond yang menyemarakkan personaliti dan Amethyst yang menebarkan aura romantis.
anzalna.jpg
Penampilan Syahirah Jewel EDT disempurnakan dengan rekaan kelalang bak potongan batu permata. Rangkaian wangian ini juga diperakui halal yang mana kamu boleh menggunakannya tanpa was-was dan selamat. Menariknya, kamu berpeluang beramah mesra bersama duta produk Syahirah iaitu Anzalna Nasir di Mydin Kuantan (28 Ogos), Mydin Kota Bharu & Pacific Kota Bharu Emporium (4 September), Mydin Kubang Kerian (5 September), Pacific Star Parade Alor Setar & Mydin Alor Setar (26 September), Mydin Meru Jelapang Ipoh & Mydin Manjoi Ipoh (3 Oktober) dan Mydin MiTC Melaka (31 Oktober). Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti autograph dan bergambar bersama Anzalna Nasir. Jangan lepaskan peluang, jumpa kamu di sana!