awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 termasuk penyanyi ditahan di Sungai Golok positif dadah

Sinar Harian
Sinar Harian
04/11/2024
11:15 MYT
6 termasuk penyanyi ditahan di Sungai Golok positif dadah
Media sebelum ini melaporkan, rakyat Malaysia termasuk penyanyi dikir barat wanita Kelantan, yang ditangkap di sebuah hotel di Sungai Golok, Jumaat lalu kerana memiliki 6,000 pil kuda, dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat, pagi Isnin. - Gambar fail
KOTA BHARU: Polis Kelantan mengesahkan enam individu termasuk penyanyi dikir barat wanita yang ditahan di Golok, Thailand pada Jumaat positif dadah jenis methampetamine.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Yusoff Mamat bagaimanapun berkata, dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan memiliki dadah di Kelantan.
“Sehingga kini kita serahkan kepada polis Thailand untuk siasatan lanjut berhubung kes berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis suai kenal bersama media, di sini pada Isnin.
Sementara itu ketika ditanya sama ada kesemua mereka terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah, Mohd Yusoff berkata, beliau tidak dapat mengesahkan perkara berkenaan.
“Namun secara logik takkan 6,000 biji pil kuda untuk milikan atau makan sendiri? Namun saya tidak dapat sahkan sama ada mereka terbabit dengan pengedaran atau sebaliknya.
“Bagaimanapun hasil ujian air kencing terhadap kesemua mereka adalah positif methamphetamine,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan, rakyat Malaysia termasuk penyanyi dikir barat wanita Kelantan, yang ditangkap di sebuah hotel di Sungai Golok, Jumaat lalu kerana memiliki 6,000 pil kuda, dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat, pagi Isnin.
Tangkapan membabitkan tiga lelaki dan tiga perempuan berusia 25 hingga 32 tahun pada jam 6 pagi (waktu Malaysia) Jumaat lalu, di sebuah bilik selepas selesai berhibur. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#artis wanita
#Sungai Golok
#Dadah
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan