Pengguna yang melalui Lebuh Raya Timur Barat, Gerik-Jeli ada ketikanya berhadapan situasi panik apabila terserempak dengan gajah liar yang berkeliaran dan tidak kurang juga yang melintas jalan.
Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Noor Alif Wira Osman, gajah liar berkenaan mendiami Taman Negeri Royal Belum dan Hutan Simpan Temenggor di sini.
Noor Alif berkata gajah liar di kawasan berberkenaan yang dianggar melebihi 60 ekor adalah bersamaan dengan kira-kira 70 peratus populasi mamalia tersebut di seluruh Perak.
"Terdapat lima kumpulan kecil gajah dikesan menjadikan beberapa kawasan di jalan sepanjang 80 kilometer itu sebagai tempat berkeliaran.
"Pada kebiasaannya, gajah liar akan berkeliaran pada awal pagi dan lewat malam selain turut (berkeliaran) bergantung pada faktor cuaca," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.
Menurut Noor Alif, walaupun lintasan hidupan liar dikenali sebagai 'viaduct' telah diwujudkan di Kilometer 157, Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli, namun haiwan liar termasuk gajah tetap berkeliaran.
Katanya, lintasan sepanjang 200 meter yang dirasmikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah tahun lalu itu merupakan antara usaha untuk mengurangkan risiko ancaman dan gangguan gajah liar kepada pengguna jalan raya sepanjang masa.
"Lintasan itu menghubungkan Taman Negeri Royal Belum dan Hutan Simpan Temenggor. Pembinaannya di kawasan ini adalah untuk memastikan hidupan liar serta pengguna jalan raya sentiasa dalam keadaan selamat setiap hari," katanya.
Noor Alif turut mengingatkan orang ramai terutama pemandu supaya tidak cemas jika terserempak dengan haiwan liar dan tidak membunyikan hon kereta, sebaliknya memberi laluan kepada haiwan berkenaan untuk melintas.
Selain itu, pengguna jalan raya diminta berhati-hati di kawasan yang mempunyai papan tanda lintasan hidupan liar, katanya.
"Pengguna jalan raya juga diingatkan supaya tidak keluar dari kenderaan, tidak menghampiri dan membaling objek kepada hidupan liar serta merendahkan lampu kenderaan ketika waktu malam," katanya.
Noor Alif berkata Taman Negeri Royal Belum meliputi kawasan seluas 117,500 hektar daripada keseluruhan keluasan 300,000 hektar Hutan Simpan Belum dan Hutan Simpan Temenggor.
"Taman Negeri Royal Belum merangkumi sebanyak 17.9 peratus daripada keseluruhan keluasan Perak dan ia merupakan taman ketiga terbesar selepas Taman Negara di Pahang dan Taman Banjaran Crocker di Sabah.
"Taman Negeri ini juga dikenal pasti sebagai antara habitat kepada spesies hidupan liar yang terancam seperti badak Sumatera, gajah, harimau, tapir, seladang dan spesies primat antaranya ungka tangan putih serta siamang," katanya.
Bernama
Sat Jul 23 2016

Pembinaan 'viaduct' merupakan salah satu tindakan menyediakan ruang membolehkan hidupan liar terutamanya mamalia besar seperti gajah, seladang dan harimau dapat melintasi kawasan lebuh raya dengan selamat. - Foto Bernama

Politik Britain | Seorang lagi menteri Kabinet UK letak jawatan
Sehari selepas peletakan jawatan Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Seorang lagi menteri Kabinet Kanan, Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga United Kingdom (UK), William Quince meletak jawatan.

Banjir | Paras air meningkat di beberapa kawasan
Peralihan angin monsun membawa banjir di beberapa kawasan di seluruh dunia. Sekali gus menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan terlibat. Antara terkesan, Jepun, Australia dan Serbia. Kita ikuti rangkuman ini.

COVID-19 | Beijing wajibkan suntikan vaksin sebelum masuk tempat sesak
Bermula Isnin depan, China mewajibkan individu yang layak menerima vaksinasi COVID-19 untuk mendapatkan suntikan sebelum memasuki tempat sesak di Beijing. Republik itu adalah yang pertama memperkenalkan mandat itu berikutan berdepan dengan kes sporadik baharu.

Gagal Rayuan | Kalwant Singh jalani hukuman mati Khamis
Mahkamah Rayuan Singapura hari ini menolak rayuan terakhir warga Malaysia, Kalwant Singh, sekali gus menyebabkan beliau akan menjalani hukuman gantung sampai mati seperti dijadualkan pada Khamis. Perkara itu disahkan peguamnya, Too Xing Ji. Kalwant, 32 tahun dijatuhkan hukuman mati pada 1 Jun 2016 atas kesalahan mengedar dadah.

Mahkamah | Pengeluaran RM1 juta arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur
Seorang saksi dalam perbicaraan kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram memberitahu Mahkamah Tinggi pada Rabu bahawa pengeluaran wang RM1 juta adalah atas arahan Ahli Parlimen Muar dan tidak mengikut prosedur. Bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Rafiq Hakim Razali, 32, berkata, pengeluaran wang daripada akaun Armada itu adalah salah kerana tiada kertas kerja dikemukakan untuk membolehkan wang itu dikeluarkan daripada bank pada 6 Mac 2020.

Kes SRC | Permohonan Peguam Diraja UK wakili Najib diputuskan 21 Julai
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada 21 Julai sama ada Peguam Diraja (QC) dibenarkan mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan akhirnya berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta membabitkan SRC International Sdn Bhd. Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan berhubung permohonan bekas perdana menteri itu untuk membolehkan Jonathan Laidlaw dari United Kingdom mewakili beliau.

PM lawat syarikat utama pertahanan, aeroangkasa Turkiye di Ankara
Perdana Menteri yang dalam lawatan rasmi empat hari ke Turkiye melawat MKE Corporation dan Turkish Aerospace Industries (TAI).

JPJ lancar Op Khas Hari Raya Aidiladha
Ia bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengguna jalan raya yang pulang ke kampung sempena cuti perayaan itu.

Banjir Baling | Buat kandungan media sosial, polis boleh kenakan tindakan
Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang berlegar-legar di kawasan banjir di Baling semata-mata untuk membuat kandungan media sosial. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, tindakan boleh dikenakan kerana tindakan mereka menghalang tugas penjawat awam.

Gangguan Bekalan Air | Penduduk Pulau Pinang buat pembelian panik air mineral
Penduduk Pulau Pinang menyerbu kedai dan pasar raya bagi mendapatkan stok air mineral selepas mengalami gangguan bekalan air pada Rabu. Bekalan air di seluruh negeri itu terputus selama empat jam menyebabkan penduduk panik dan bertindak membeli air minuman dalam kuantiti yang banyak.

Pekerja ladang cedera diserang gajah
Kejadian pada Selasa itu menyebabkan mangsa yang berusia 50-an mengalami kecederaan di kaki dan beberapa bahagian badan.

Tapak sejarah gajah 'serang' kereta api kini terbiar
Tinjauan mendapati, laluan masuk sejauh hampir 70 meter ke tapak memorial dipenuhi tumbuhan dan pokok hutan.

Anak gajah dipotong kaki dilaporkan mati
Anak gajah yang cedera akibat terkena jerat sehingga pergelangan kaki kanannya terpaksa dipotong dilaporkan mati pada petang Selasa.

Anak gajah cacat kena jerat, Sabah tawar ganjaran pemberi maklumat
Seekor anak gajah kehilangan pergelangan kaki kanan yang terpaksa dipotong akibat cedera parah terkena jerat tali dipasang manusia tidak bertanggungjawab.

Mahkamah tolak petisyen pembebasan gajah di Zoo Bronx kerana 'ia bukan manusia'
Selepas Zoo Bronx mengumumkan akan menamatkan program gajah dalam kurungan, hanya Happy dan seekor lagi gajah betina yang kekal di zoo itu.

Warga emas nyaris dihempap tangki air dalam kejadian ribut
Kejadian ribut tersebut menyaksikan hampir keseluruhan bumbung rumahnya diterbangkan angin dan kejadian itu adalah paling teruk berlaku malah disaksikan oleh mereka.

Perhilitan laksana kawalan, tembak halau gajah liar di Lata Rek
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan mengesan 20 gajah liar di kawasan Kampung Tok Uban dan Kampung Catan di Lata Rek, Kuala Krai, dekat sini.

Melaka digesa batal tujuh projek gajah putih di bawah M-WEZ
Cadangan untuk membina 22 buah jambatan dengan kos RM216 juta adalah tidak masuk akal sama sekali, tegas Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

Lebih 40 gajah pigmi Borneo 'serang' ladang sawit di Lahad Datu dihalau
Gajah-gajah tersebut dipercayai telah tersesat dan sedang berusaha mencari makanan.

Perhilitan sahkan kehadiran gajah di Jalan Raya Timur Barat
Jika hal seumpamanya terjadi, pengguna jalan raya dinasihat tidak melakukan provokasi atau terlalu berani menghampiri gajah berkenaan.