awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6,000 tetamu dijangka hadir Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan esok

Bernama
Bernama
18/07/2023
10:43 MYT
6,000 tetamu dijangka hadir Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan esok
Majlis sambutan akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. - Gambar FB JAKIM
KUALA LUMPUR: Seramai 6,000 tetamu dijangka hadir bagi menyambut Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2023/1445 yang bertemakan Perpaduan Teras Malaysia MADANI di Pusat Dagangan Dunia, di sini, esok.
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keurusetiaan dan Hubungan Luar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Ahlami Abdullah Akhili berkata daripada jumlah tersebut seramai 5,000 mewakili 110 kontinjen daripada daripada agensi kerajaan dan swasta dengan selebihnya, orang awam.
"Program ini akan bermula pada 9 pagi esok. Bagi orang ramai yang ingin hadir, pihak kami telah menyediakan televisyen di Dewan Tun Razak 4 dan orang ramai yang hadir digalakkan memakai baju kebangsaan dan bagi wanita perlu memakai selendang.
"Bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir, kita akan siarkan program ini secara langsung menerusi saluran TV1 dan TV Alhijrah serta radio," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata majlis sambutan akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Katanya program akan turut diserikan dengan persembahan artis tanah air seperti pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie, pempengaruh Muhammad Mikhael Sathayah dan kumpulan nasyid Mirwana dan Mohd Fauzi Darus atau lebih dikenali sebagai Jay Jay.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKIM
#Maal Hijrah
#orang awam
#agensi kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan