KUALA LUMPUR: Seramai 14,810,832 individu dewasa atau 62.9 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19 setakat semalam.
Berdasarkan data di laman web COVIDNOW, sejumlah 22,951,398 atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,231,225 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 929,733 individu atau 26.2 peratus kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,802,265 individu atau 90.1 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,898,437 atau 93.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 97,534 dos vaksin diberikan meliputi 26,923 dos pertama, 1,389 dos kedua dan 69,222 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 67,416,313.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 115 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Johor merekodkan angka tertinggi iaitu 25 kes.
Ia diikuti Sabah dengan 24 kes, Selangor (18), masing-masing lapan kes di Kedah dan Negeri Sembilan, Perak (tujuh), enam kes masing-masing di Pahang dan Kuala Lumpur, Kelantan (empat), Pulau Pinang (tiga), masing-masing dua di Melaka dan Perlis serta satu kes direkodkan masing-masing di Sarawak dan Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 03 2022

Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 97,534 dos vaksin diberikan meliputi 26,923 dos pertama, 1,389 dos kedua dan 69,222 dos penggalak. - Gambar fail

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.

7,294 kes COVID-19 dicatatkan di Perak sepanjang tahun ini
Sebanyak 7,294 kes COVID-19 direkodkan di Perak sejak 1 Jan hingga 16 Dis lepas berbanding 108,859 kes dicatatkan bagi tempoh sama, tahun lepas.

COVID-19: Kes aktif varian Omicron bergejala ringan - Pakar perubatan
Beliau berkata kes COVID-19 dijangka berkurangan selepas satu bulan berdasarkan pemerhatian trend jangkitan virus oleh KKM.

Johor galakkan imam, jemaah ambil dos penggalak vaksin COVID-19
Imam, bilal dan jemaah masjid di Johor digalakkan mengambil suntikan dos penggalak susulan peningkatan kes COVID-19 ketika ini.

COVID-19: Tiada arahan wajibkan semua rakyat Malaysia dapatkan dos penggalak - Fahmi
Tiada arahan atau kewajipan untuk seluruh rakyat Malaysia mengambil suntikan dos penggalak vaksin susulan peningkatan kes COVID-19.

COVID-19: KKM saran dos penggalak ketiga untuk golongan rentan
KKM menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.

Vaksin COVID-19: Penerima dos penggalak kedua terus meningkat
Bilangan penerima dos penggalak kedua kini melepasi 2.5 peratus, mewakili 819,670 individu.

COVID-19: Sambutan dos penggalak masih kurang memuaskan - Dr Zaliha
Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 masih kurang memuaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima
Keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin.

Orang ramai ada sebab tersendiri lengkapkan dos penggalak COVID-19
Walaupun pengambilan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 tidak diwajibkan namun orang ramai yang secara sukarela mengambilnya mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

Vaksin COVID-19: FDA cadang pemberian tahunan
Pemberian vaksin tersebut disifatkan seperti pemberian suntikan vaksin influenza bertujuan untuk memudahkan strategi COVID-19.