KUALA LUMPUR : Sebanyak 6,355 lagi kes positif COVID-19 dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh 24 jam lalu.

Pertambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes pandemik itu dalam negara mencecah angka  2,575,888.

Wabak COVID-19 juga, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meragut 55 lagi nyawa dalam tempoh yang sama menjadikan jumlah kumulatif korban di Malaysia sebanyak 29,892.


Bagaimanapun sebahagian besar kes COVID-19 yang dicatatkan melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.2 peratus atau bersamaan 6,240 kes, manakala selebihnya merupakan pesakit kategori 3,4, dan 5 iaitu sebanyak 1.8 peratus iaitu sebanyak 115 kes.

Setakat ini, Unit Rawatan Rapi (ICU) menempatkan seramai 542 kes dan daripada jumlah itu juga, 268 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, jumlah kes sembuh hari ini dilaporkan sebanyak 5,031 kes dengan keseluruhan kes pulih kini 2,477,314.