awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tren baharu dilancarkan di laluan dengan panaroma indah di Jepun
Lelaki maut ditembak di hadapan kedai cuci kenderaan
Jumlah pelatih PLKN ditingkatkan 25,000 orang setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6,380 kes baharu COVID-19 dilapor hari ini

Hilmi Malik
Hilmi Malik
18/11/2021
06:26 MYT
6,380 kes baharu COVID-19 dilapor hari ini
Keseluruhan jumlah kumulatif bagi kes kematian ketika ini adalah sebanyak 29,837. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Malaysia terus kembali mencatatkan trend peningkatan jangkitan baharu COVID-19 apabila 6,380 kes direkodkan hari ini.
Angka itu yang terus meningkat sejak semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik kini sebanyak 2,569,533 kes.
Mengenai kes kematian, setakat semalam data COVIDNOW menunjukkan pertambahan sebanyak 68 kes termasuk 12 kes BID.
Ini menjadikan angka kumulatif bagi kes kematian adalah sebanyak 29,837.
Pada 18 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,380 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,569,533 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/IajBOQ20X0
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 18, 2021
Setakat ini, Unit Rawatan Rapi (ICU) menempatkan seramai 541 pesakit dan daripada jumlah itu, 263 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, angka kes sembuh hari ini merekodkan sebanyak 5,760 kes dengan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 2,472,283.
Bagaimanapun, sebahagian besar kes yang dilaporkan masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.5 peratus.
Manakala selebihnya, 1.5 peratus atau bersamaan 98 kes merupakan pesakit kategori 3,4, dan 5.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Noor Hisham Abdullah
#KKM
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan