KUALA LUMPUR: Sebanyak 65 lokasi Bazar Ramadan dijangka beroperasi di sekitar ibu kota, bermula 3 petang hingga 8 malam sepanjang Ramadan ini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, daripada jumlah lokasi itu 63 diselia oleh penganjur bazar Ramadan, manakala dua lagi iaitu di tempat letak kereta Taman Tasik Permaisuri (berhampiran Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur) dan di Jalan 4/38 A Taman Sri Sinar, Segambut (Wisma Suhati), akan diselia oleh DBKL sendiri.
"Pengunjung bazar Ramadan diwajibkan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), seperti pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu badan, daftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera dan sebagainya," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, kenyataan itu turut memaklumkan Bazar Aidilfitri yang sebelum ini beroperasi di Jalan Raja, akan beroperasi semula di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) bermula 17 April hingga 12 Mei, setelah ditangguhkan pelaksanaannya tahun lalu susulan COVID-19.
Menurut kenyataan itu, sebanyak 208 penjaja akan terlibat di lokasi bazar yang bermula dari belakang bangunan Kompleks Campbell sehingga ke susur keluar persimpangan Masjid India, bermula 10 pagi hingga 12 tengah malam.
"Kawasan Lorong TAR yang menempatkan penjaja Bazar Aildilfitri akan dipasang pagar di sepanjang jalan, bagi mengawal keluar/masuk pengunjung dan akan dikawal selia sepenuhnya oleh DBKL," katanya.
Sehubungan itu, tapak tradisi pasar malam di Lorong TAR setiap Sabtu, akan dipindahkan operasi ke Jalan Tuanku Abdul Rahman sepanjang bulan Ramadan iaitu pada 17 April, 24 April, 1 Mei dan 8 Mei 2021.
Kenyataan itu turut memaklumkan, sebahagian Jalan Tuanku Abdul Rahman bermula dari persimpangan Jalan Esfahan (selepas Sogo) sehingga ke persimpangan Jalan Melayu, akan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan bagi memberi laluan kepada aktiviti pasar malam bermula 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada tarikh berkenaan.
DBKL turut mengingatkan penganjur, peniaga, pekerja serta pengunjung bazar, untuk mematuhi segala peraturan, syarat dan SOP yang ditetapkan MKN dan Kementerian Kesihatan.
"Mana-mana individu atau penganjur yang melanggar peraturan atau SOP ditetapkan bagi mencegah penularan COVID-19, akan berdepan kompaun sehingga maksimum RM10,000 terhadap individu dan RM50,000 kepada penganjur.
Manakala tindakan penutupan gerai /Bazar Ramadan/Bazar Aidilfitri terbabit, boleh dilaksanakan DBKL," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 11 2021

Seorang lelaki melewati lot tapak bazar Ramadan di Bandar Tun Razak yang sedang disiapkan. - Bernama

Niaga AWANI: WEF 2022 | Belajar, cari solusi bersama peringkat global
Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 yang kembali berlangsung secara fizikal bakal membuka tirai secara rasminya hari ini dan sudah tentu, banyak perkara menjadi fokus Malaysia belajar selain mengambil amalan terbaik untuk dilaksanakan di negara ini. Najib Aroff yang kini berada di kawasan pergunungan Alps ada perincian fokus Malaysia, bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

AWANI Ringkas: Buli | Empat pelajar mengaku bersalah

Kenderaan mikro mobiliti: KKR bantu sediakan sebarang keperluan MOT - Fadillah
KKR akan mempertimbangkan sekiranya terdapat keperluan menyediakan jalan baharu khusus buat laluan kenderaan mikro mobiliti.
![[TERKINI] Kes Yayasan Akalbudi | Tiada sesen pun dana dari kerajaan, pembayar cukai - Ahmad Zahid [TERKINI] Kes Yayasan Akalbudi | Tiada sesen pun dana dari kerajaan, pembayar cukai - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968247/thumbnails/14500335691653292328610_640x360.jpg)
[TERKINI] Kes Yayasan Akalbudi | Tiada sesen pun dana dari kerajaan, pembayar cukai - Ahmad Zahid
Dana Yayasan Akalbudi datang dari wang sendiri, serta hasil derma individu dan kumpulan tertentu, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ketika memberi keterangan sebagai saksi pertama pembelaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata yayasan tersebut tidak pernah menerima dana baik dari kerajaan, mahupun pembayar cukai.

RM1.9 bilion bayaran balik pinjaman diterima berakhir 30 Apr lalu - PTPTN
Jumlah itu merupakan bayaran oleh peminjam yang menikmati insentif diskaun bayaran balik pinjaman berjumlah RM206.89 juta.

TMJ cabar Sanusi dedah individu 'kawal' Liga Malaysia
TMJ menggesa Muhammad Sanusi agar menceritakan segala-galanya serta mendedahkan identiti individu yang dimaksudkan oleh beliau.

KKR teliti cadangan bina lebuh raya baharu di Lembah Klang - Fadillah
Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang meneliti beberapa cadangan daripada pihak swasta berhubung pembinaan lebuh raya baharu di Lembah Klang.

Tabung Pendidikan Negeri Sabah dilancar Jun depan - Hajiji
Hajiji memaklumkan, Kerajaan negeri akan melancarkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bulan depan.

Najib, Shafee gagal dapat kebenaran merayu untuk gugurkan Sri Ram
Mereka gagal dalam usaha untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada pasukan pendakwaan.

Trafik antarabangsa di rangkaian lapangan terbang tempatan melonjak 53 peratus - MAHB
Purata 23,000 pergerakan penumpang antarabangsa setiap hari, dengan trafik memuncak melebihi 30,000 semasa cuti perayaan Aidilfitri.

Lelaki didakwa tipu sewa tapak bazar Ramadan di Stadium Bukit Jalil
Seorang lelaki didakwa di lima Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan menipu dalam urusan sewa tapak bazar Ramadan di Stadium Bukit Jalil.

Tipu sewa tapak bazar Ramadan menerusi FB, remaja 19 tahun ditahan polis
Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun selepas dipercayai memperdaya orang ramai untuk membayar deposit bagi sewa tapak bazar Ramadan dan Festival Aidilfitri di Bukit Jalil.

Beratur panjang demi 'Roti John Paling Sedap Di Pulau Pinang'
Roti keluaran Sy Burger diberi 'nafas' baharu termasuk diletakkan isi ayam goreng rangup di bahagian atas.

Gagal pamer tanda harga, alat timbang sukat tidak sah, antara kesalahan peniaga bazar
Dua kesalahan tersebut adalah antara 80 kes kesalahan dicatatkan sepanjang Op Pantau yang dilaksanakan sejak 3 April lepas.

Biarpun sederhana, pekerja asing seronok sambut Ramadan di Malaysia
Kemeriahan bulan suci umat Islam itu juga turut sama diraikan warga asing terutama yang berkelana mencari rezeki di bumi bertuah ini.

Demi martabak, beratur panjang tak ada hal!
Antara juadah paling popular di bazar Ramadan setiap tahun ialah martabak yang sangat digemari ramai.

Raja Permaisuri kongsi tips masak dengan peniaga bazar
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan meluangkan masa melawat serta bermesra dengan peniaga serta orang ramai di Bazar Ramadan Peringgit.

Lauk dihurung lalat, telur ayam bernajis antara kesalahan dikesan di Bazar Ramadan
Kesalahan itu dikesan dalam pemeriksaan mengejut yang dilakukan menerusi Ops Bazar bagi memastikan makanan dijual bersih dan selamat dimakan oleh orang ramai.

Berjiwa Rakyat! Agong dan Permaisuri beli santapan bersungkei di Bazar Ramadan Satok
Dalam kunjungan kira-kira 30 minit itu, Seri Paduka Baginda berdua berkenan membeli pelbagai juadah berbuka puasa selain beramah mesra bersama peniaga.

Juadah paling 'berhantu' di bulan Ramadan
Ada beberapa makanan yang dijual setiap hari tetapi apabila masuk saja bulan Ramadan, makanan itu laku bak pisang goreng panas.