awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

650 penduduk Debak, Betong terjejas rumah dilanda banjir

Lynch Cowan
Lynch Cowan
09/05/2020
02:10 MYT
650 penduduk Debak, Betong terjejas rumah dilanda banjir
Paras air Sungai Rimbas yang meningkat telah menyebabkan kawasan rumah dan jalan raya dinaiki air sedalam dua kaki.
Seramai 650 penduduk di kawasan Debak, Betong terjejas apabila kawasan laluan masuk dan rumah mereka dilanda banjir sejak awal pagi ini.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar (PA) Ismail Mahedin, hujan lebat sejak semalam menyebabkan air melimpah ke kawasan kampung berkenaan.
“Paras air Sungai Rimbas yang meningkat telah menyebabkan kawasan rumah dan jalan raya dinaiki air sedalam dua kaki.
“Pada masa ini, dilaporkan paras air sungai adalah setinggi 5.4 meter hingga menyebabkan air melimpah ke kawasan perkampungan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Penduduk yang terjejas menyebabkan penduduk di Kampung Babu Hilir (103 keluarga), Babu Hulu (101 keluarga), Bungey Hilir (133 keluarga), Bungey Hulu (85 keluarga), Lalang Hilir (88 keluarga), dan Lalang Hulu (140 keluarga).
Jelas Ismail, cadangan bagi pemindahan mangsa masih lagi dalam perbincangan bersama ketua kampung dan Pegawai Tadbir Daerah Betong.
Topic Berkaitan
#banjir
#Betong
#Debak
#JPBN Sarawak
#ketua kampung
#Mejar Ismail Mahedin
#Pegawai Tadbir Daerah Betong
#Sungai Rimbas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan