awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6,565 kes perceraian direkodkan di Terengganu 2020 hingga Oktober 2021

Bernama
Bernama
16/11/2021
05:26 MYT
6,565 kes perceraian direkodkan di Terengganu 2020 hingga Oktober 2021
Kes perceraian atau pembubaran perkahwinan yang tertinggi direkodkan adalah di Kuala Terengganu iaitu sebanyak 1,923 pasangan. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 6,565 kes perceraian melibatkan pasangan beragama Islam direkodkan di Terengganu pada 2020 sehingga Oktober tahun ini.
Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Mohd Nor Hamzah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 4,132 kes perceraian dicatatkan pada 2020 manakala sehingga Oktober 2021 sebanyak 2,433 kes direkodkan.
"Kes perceraian atau pembubaran perkahwinan yang tertinggi direkodkan adalah di Kuala Terengganu iaitu sebanyak 1,923 pasangan, yang kedua tertinggi adalah di Kemaman (1,151 pasangan) dan ketiga tertinggi di daerah Dungun melibatkan 1,003 pasangan.
"Kategori umur yang terbabit dalam perceraian adalah dalam lingkungan 21 hingga 65 tahun," katanya pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Roslee Daud (BN-Bukit Besi) mengenai kes perceraian yang direkodkan di Terengganu, berapakah umur mereka yang terbabit dan sebab berlakunya perceraian tersebut.
Mohd Nor berkata selain kurangnya penghayatan agama Islam dan tiada lagi persefahaman, masalah kewangan dan pengaruh media sosial merupakan antara faktor mendorong kepada perceraian tersebut.
Sehubungan itu katanya kerajaan negeri sedang merangka pelbagai inisiatif bagi mengurangkan kes perceraian di negeri ini termasuk menambah baik modul kursus praperkahwinan yang akan bermula tahun hadapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cerai
#terengganu
#suami isteri
#perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan