awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

67 penduduk dipindahkan ekoran banjir kilat di Sik

Bernama
Bernama
22/10/2023
16:07 MYT
67 penduduk dipindahkan ekoran banjir kilat di Sik
Seramai 67 penduduk daripada 11 keluarga dipindahkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Sik selepas kediaman mereka dinaiki air ekoran hujan lebat beberapa jam sejak 4 petang Ahad. - Foto Sinar Harian
SIK: Seramai 67 penduduk daripada 11 keluarga dipindahkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Sik selepas kediaman mereka dinaiki air ekoran hujan lebat beberapa jam sejak 4 petang Ahad.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Leftenan (Pertahanan Awam) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Banggol Kiat, Taman Derdap, Kampung Jerai, Kampung Pinang dan Kampung Belimbing.
"Air mula naik pada pukul 6.20 petang tadi di Kampung Banggol Kiat dan pada 7.05 malam, banjir kilat dilaporkan berlaku di Kampung Jerai. Sekitar 7.17 malam, kami terima laporan air banjir mula masuk ke rumah penduduk di Kampung Pinang.
"Satu lagi laporan diterima pada 8.10 malam mengenai mangsa yang terperangkap di Kampung Jerai dan anggota digerakkan ke lokasi untuk membantu," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Katanya, dua PPS yang dibuka ialah Sekolah Kebangsaan Chepir yang menempatkan lima mangsa daripada sebuah keluarga dan PPS Markas Pas Tanjung Belit yang menempatkan 62 mangsa daripada 10 keluarga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#sik
#PPS
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan