KUALA LUMPUR: Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 90,214 pemeriksaan pada Isnin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi membabitkan 19,245 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Berikut adalah tumpuan kenyataan media beliau, hari ini:

1. Sebanyak 67 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

2. Seramai 416 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 372 individu dikompaun manakala 44 lagi direman.

3. PKPD yang ditamatkan ialah PPR Pantai Ria dan Taman Bukit Angkasa (Kuala Lumpur), Kampung Jaya Baru, Kunak dan Kampung Balung Cocos, Tawau (Sabah), 

4. Turut ditamatkan ialah PKPD Kampung Kubang Jela, Manir manakala di Kelantan ialah Taman Merbau Utama, Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh.

5. Tiga lokaliti baharu yang diumum PKPD bermula 15 sehingga 28 Julai adalah PPR Lintas Sibuga, Sandakan serta Kampung Telaga dan Kampung Pituru di Sabah, selain Felda Jengka 8, Jerantut, Pahang.