KUALA LUMPUR: Sebanyak 676 tindakan sita terhadap barangan penjaja warga asing telah dilaksanakan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur sepanjang 2023, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata bagi Januari lepas sahaja, sebanyak 79 tindakan sita terhadap barangan warga asing telah dilaksanakan.
"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama-sama agensi sahabat yang berkaitan sentiasa melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan secara bersepadu di sekitar Pasar Borong dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan terhadap aduan yang melibatkan warga asing.
"Pada masa akan datang DBKL akan terus menambah baik peruntukan dan peraturan sedia ada bagi memastikan isu-isu kebanjiran warga asing di pasar borong dapat ditangani dengan lebih berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, Zaliha berkata Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan agensinya telah menyusun pelbagai program dan aktiviti menarik sepanjang 2024 bersempena dengan sambutan 50 tahun Wilayah Persekutuan.
"Sebanyak 61 program telah dirangka pada tahun ini, iaitu 23 program di Kuala Lumpur, 21 program di Putrajaya dan 17 program di Labuan.
"Program-program yang interaktif dan kemasyarakatan sentiasa menjadi tumpuan rakyat. Malah program utama Hari Wilayah Persekutuan yang berteraskan konsep mesra rakyat, perpaduan serta kerjasama dapat memupuk nilai-nilai patriotik, menjadi pemangkin dalam membentuk generasi pemimpin yang tahu menghargai serta memelihara keharmonian Wilayah Persekutuan," katanya.
Dewan Rakyat kemudiannya meluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Noor berkata usul itu disetujukan selepas menyaksikan lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju selepas kesemua kementerian selesai menggulung perbahasan selama empat hari bermula 11 Mac lepas.
Persidangan pada hari ini menyaksikan enam kementerian menggulung perbahasan termasuk tiga jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Persidangan dewan bersambung Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
Dr Zaliha berkata bagi Januari lepas sahaja, sebanyak 79 tindakan sita terhadap barangan warga asing telah dilaksanakan. - Gambar fail/FB Dr Zaliha Mustafa
Undang Luak Rembau meninggal dunia
Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada 9.15 pagi Rabu di kediaman rasminya.
Paris 2024: Beasley elak latihan berlebihan
Kebanyakan atlet ketika ini meningkatkan rejim latihan mereka menjelang Sukan Olimpik paris 2024 namun ia berbeza buat jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.
Spesies monyet 'menghadapi kepupusan' ditemui di Jemoreng
Spesies monyet tersebut sebelum ini hanya ditemui di Taman Negara Maludam.
Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan
Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS mengalami kecederaan yang serius.
Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga
Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir.
‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli
Faisal kini menunjukkan tanda-tanda positif dan keadaan kesihatannya bertambah baik.
Hubungan utuh Malaysia-Singapura beri manfaat besar kepada ASEAN
Dengan kerjasama bersama Anwar, Singapura boleh tarik firma teknologi global ke rantau ini susulan perang perdagangan dan cip antara AS-China.
Enam cedera, tiga parah nahas empat kenderaan
Kesemua yang cedera di bawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Keluarga Faisal Halim kuat semangat - Adam Adli
Timbalan Menteri KBS, Adam Adli berkata, keluarga Faisal Halim berada dalam keadaan baik selain beliau turut dimaklumkan Faisal menunjukkan semangat yang tinggi untuk pulih.
Belia perlu ada integriti, harga diri dan maruah yang kuat - Adam Adli
Golongan belia perlu memiliki integriti, harga diri dan maruah yang kuat untuk muncul sebagai sebuah bangsa tidak kalah, tahan cabaran dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.
676 tindakan sita barangan penjaja asing sepanjang 2023 - Zaliha
Sebanyak 676 tindakan sita terhadap barangan penjaja warga asing telah dilaksanakan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur sepanjang 2023, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.