KUALA LUMPUR: Tujuh lagi kes kematian akibat COVID-19 direkodkan hari ini melibatkan tiga kes di Sabah, Selangor (dua), dan masing-masing satu kes di Sarawak dan Kelantan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berikut lima perkara penting kenyataan media beliau hari ini:

1) Sebanyak 2,875 kes positif baharu direkodkan, kini 384,688 jumlah keseluruhan kes.

2) Sebanyak 2,541 kes sembuh, kini 361,267 jumlah keseluruhan kes.

3) Tujuh kematian, 1,407 jumlah keseluruhan kematian.

4) Sebanyak 13 kluster baharu direkodkan.

5) 4 kluster diisytihar tamat