PUTRAJAYA: Seramai 50,000 hingga 70,000 pengunjung dijangka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2022 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ahli Jemaah Menteri Ahad ini (8 Mei) bermula 10 pagi hingga 4 petang, di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana di sini.
Pengarah Pengurusan Pejabat Perdana Menteri Mohd Sabri Seman berkata seramai 200 petugas melibatkan jawatankuasa Kementerian Kesihatan (KKM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan ditempatkan bagi memantau prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 dan keselamatan bagi memastikan majlis berjalan lancar.
"Sebanyak 20 khemah disediakan di luar Kompleks Seri Perdana untuk pengunjung yang berbaris dan menunggu giliran untuk masuk ke majlis serta kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.
"Orang awam digalakkan memakai pelitup muka dan beradab untuk melakukan pergerakan selepas menjamu selera bagi memberi peluang kepada pengunjung lain," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd Sabri berkata Perdana Menteri akan beramah mesra dengan para tetamu sehingga majlis selesai pada 4 petang dan pengunjung dinasihati supaya hanya berlegar dan bergambar di tempat yang dibenarkan sahaja.
Beliau berkata atur cara majlis telah disusun dan dirancang oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA) apabila Perdana Menteri meluahkan hasrat untuk mengadakan majlis rumah terbuka bersama rakyat.
Katanya antara program yang dirancang adalah persembahan bagi memeriahkan majlis tersebut yang bertemakan suasana kampung.
Beliau turut menasihati orang awam menggunakan perkhidmatan bas secara percuma yang disediakan oleh Bas Putrajaya bermula 9 pagi dari tiga lokasi, iaitu di Putrajaya Sentral, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra dengan kekerapan setiap 20 minit.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 06 2022
Perdana Menteri akan beramah mesra dengan para tetamu sehingga majlis selesai pada 4 petang. - Facebook/Ismail Sabri Yaakob
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Keputusan biopsi kedua adik Fatimah, 'The Family UK' diketahui 10 hingga 14 hari
Keputusan biopsi kedua Fatimah Omar Mukhlis, kanak-kanak cilik yang pernah tular kerana kepetahannya bercakap dalam loghat Kelantan walaupun membesar di UK, akan diketahui dalam tempoh 10-14 hari.
Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka
Sebanyak 1,379 kes kebakaran terbuka melibatkan hutan, kebun, belukar dan sampah direkodkan di Kelantan bermula Januari hingga Isnin lepas (6 Mei).
Saya akan rindu nyanyian ‘live’ Hail Amir - Lufti Ameer
Kesihatan Datuk Hail Amir sebelum ini dalam keadaan baik malah sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang baru-baru ini.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Tembakan di KLIA: 'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan
Mengikut jadual asal pengawal peribadi yang mesra disapa ramai dengan panggilan 'Along' itu tidak seharusnya bekerja semalam.
Jamuan Aidilfitri komuniti Taiping, 'potluck' sambil berkelah
Lebih istimewa apabila masing-masing yang hadir segak mengenakan pakaian kebangsaan baju Melayu dan baju kurung.
Dewasa bergejala elak peluk, cium anak kecil semasa beraya - Pakar Pediatrik
Golongan dewasa yan dinasihat untuk tidak menyentuh, mencium atau memeluk anak-anak kecil dengan sesuka hati.
Rakyat Malaysia di Bangkok sambut Aidilfitri dengan keluarga, rakan
Kedutaan Besar Malaysia di Thailand anjur majlis makan tengah hari bersama kakitangannya dan tetamu jemputan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.