awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

70 hektar tanah di Tambun khusus untuk tanaman limau bali - MB

Bernama
Bernama
28/07/2019
20:10 MYT
70 hektar tanah di Tambun khusus untuk tanaman limau bali - MB
Hanya tanaman limau Tambun dibenarkan memandangkan kawasan itu hanya sesuai menghasilkan jenis buah berkenaan dengan baik. - Gambar hiasan
Kerajaan negeri Perak berhasrat menajdikan kawasan Tambun berhampiran bandaraya Ipoh sebagai pusat tumpuan pelancongan memandangkan kawasan itu sinonim dengan limau bali atau lebih dikenali limau Tambun yang mendapat permintaan tinggi dari seluruh negara.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, bagaimanapun berkata, kebanyakan tanah yang diusahakan dengan buah tersebut oleh pekebun sejak puluhan tahun adalah tanah milik kerajaan negeri.
"Saya sudah berbincang dengan pekebun dan mencadangkan supaya tanah seluas 70 hektar di kawasan Tambun diuruskan oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) supaya kita dapat mengekalkan kehijauan tanah ini dengan tradisi tanaman limau Tambun," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Persatuan Pekebun Buah Limau Bali Tambun dan Buah-Buahan Tempatan Tambun di sini, pada Ahad.
Beliau berkata beberapa syarat akan dikenakan selepas pengagihan tanah untuk pekebun, antaranya, hanya tanaman limau Tambun dibenarkan memandangkan kawasan itu hanya sesuai menghasilkan jenis buah berkenaan dengan baik.
Audit juga perlu dilakukan ke atas penggunaan tanah kerajaan negeri oleh pekebun di sini bagi memastikan ia diurus dengan betul, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#audit
#Ipoh
#kehijauan
#kerajaan negeri
#limau bali
#limau Tambun
#pekebun
#pelancongan
#pengagihan tanah
#Perak
#Tambun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan