Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 71 individu pada Rabu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 29 individu telah direman manakala 42 lagi telah dikompaun.
"Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti karaoke atau pusat hiburan (12), aktiviti pub atau kelab malam (4), aktiviti refleksologi/urut (7), aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (34) dan aktiviti yang melanggar SOP (14).
Task Force Operasi Pematuhan PDRM membuat 67,229 pemeriksaan pada Rabu bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP.
"Sebanyak 4,248 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 16,615 anggota telah membuat pemantauan di 4,117 pasar raya, 5,819 restoran serta 2,008 penjaja, 1,517 kilang, 3,881 bank dan 1,016 pejabat kerajaan.
"Juga 1,263 terminal pengangkutan darat, 234 terminal pengangkutan air serta 120 terminal pengangkutan udara telah dipantau oleh Task Force Operasi Pematuhan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu katanya, PDRM telah membuat 66 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 41,775 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.
Tambahnya, PDRM telah berjaya menahan 16 warganegara asing kerana kesalahan imigresen.
Katanya lagi, pada Rabu, sebanyak 15 operasi sanitasi meliputi 13 Zon di 4 buah negeri antaranya Sabah (11 operasi), Sarawak (2 operasi), Wilayah Persekutuan dan Melaka (1 operasi).
Sementara itu jelas Ismail, seramai 724 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan KLIA2 dari Vietnam, Indonesia, Singapura, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan Brunei pada Rabu.
"Daripada jumlah itu, 723 individu telah diperintah untuk menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka manakala satu individu dibawa ke hospital," ujarnya.
Katanya lagi, pemeriksaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) juga mendapati 38 tapak binaan telah patuh SOP yang ditetapkan dan 5 tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran manakala 10 tapak binaan tidak beroperasi dalam operasi mereka pada Rabu.
Sementara bagi pemantauan harian bekalan barangan, penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 25 jenis bekalan
barangan di 815 premis perniagaan termasuk peruncit (612), pemborong (173) dan pengilang
(30).
Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.
Astro Awani
Thu Jul 02 2020
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 29 individu telah direman manakala 42 lagi telah dikompaun. - Gambar fail/BERNAMA
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen
KDN dalam pertimbangan untuk menggunakan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara bagi mempercepat proses pemeriksaan kaunter imigresen.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
145 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi Imigresen di Ranau
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah hari ini menahan sejumlah 145 pendatang tanpa izin dalam operasi di Kampung Lutut di sini.
11 warga Korea Selatan ditahan di pusat hiburan tanpa lesen
Premis ini dipercayai menawarkan perkhidmatan pelayan wanita dengan bayaran antara RM300 hingga RM500 untuk tempoh tiga jam.
Imigresen tunggu laporan penuh siasatan EAIC untuk tindakan lanjut
JIM menunggu laporan penuh EAIC berhubung siasatan terhadap tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri daripada DISB.
Counter setting: 47 sindiket tumpas, 25,214 pengembara dikenakan NTL - Saifuddin Nasution
JIM juga memperketatkan pemeriksaan di kaunter pintu masuk ke negara dalam usaha membanteras kegiatan menyeludup warga asing ke Malaysia.
Pemilik restoran nasi kandar warga Bangladesh mengaku beri suapan RM10,000
Tertuduh, Rezaul Shajahan Ali, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim.
Imigresen tumpas sindiket pengemis jalanan OKU, tahan empat lelaki China
Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan sindiket pengemis jalanan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penahanan empat warga China menerusi Op Serkap di sini pada Isnin dan semalam.
Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis
ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.
Imigresen lanjut waktu operasi pejabat pada musim cuti sekolah
Langkah diambil sebagai usaha mengatasi kesesakan pelanggan yang datang memohon atau membaharui pasport sempena musim cuti sekolah.