TAWAU: Sebanyak 714 kes penyeludupan barang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dibanteras tahun lepas melibatkan nilai rampasan RM6.6 juta, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata dalam tempoh sama, kementeriannya menerima 250 kes serahan agensi lain membabitkan rampasan bernilai RM5.2 juta bagi akta sama termasuk 13 kes penyeludupan tong gas memasak, minyak masak, tepung gandum, minyak petrol dan gula (kesemuanya bernilai RM134,423) di Pulau Sebatik.
"Isu penyeludupan barang kawalan di sempadan antarabangsa Malaysia membabitkan Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura menjadi perhatian utama kementerian untuk ditangani," katanya selepas lawatan kerja ke Pulau Sebatik pada Sabtu.
Beliau berkata penyeludupan berlaku antaranya disebabkan ketiadaan pusat kawalan di pintu masuk Malaysia-Indonesia.
"Selain itu, harga barang Malaysia yang jauh lebih murah berbanding negara jiran dan permintaan tinggi dari negara jiran serta pertalian kekeluargaan antara penduduk di sempadan turut menyukarkan kawalan," katanya.
Berikutan itu, Alexander berkata penguatkuasaan membanteras ketirisan barang kawalan di sempadan perlu dipertingkat dan diperkasa kerana negara serta rakyat mengalami kerugian besar akibat kegiatan pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya kerjasama dengan agensi lain termasuk Pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) juga perlu diperkukuh antaranya dengan memperbanyak operasi bersepadu selain melaksanakan pengauditan di setiap rantaian pengedaran barang kawalan.
Beliau berkata masyarakat turut berperanan membantu kerajaan menangani kes penyeludupan barang kawalan di sempadan dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.
"Sepanjang tahun lepas, KPDNHEP menerima 416 aduan berkaitan penyeludupan barang kawalan, ini membantu penguat kuasa mengesan dan mengambil tindakan," katanya.
Alexander berkata KPDNHEP menyediakan pelbagai saluran aduan yang boleh dihubungi antaranya talian WhatsApp 019-2794 317, Pusat Panggilan 1-800-886-800; e-mel [email protected] dan Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 15 2022
Datuk Alexander Nanta Linggi (kiri) berbual bersama salah seorang peniaga (kanan) semasa meninjau barang kawalan di Sungai Haji Kuning, perbatasan Malaysia-Indonesia pada Sabtu. - Foto BERNAMA
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
Penunjuk perasaan dihentikan basikal polis Michigan
Penunjuk perasaan di luar Muzium Seni Universiti Michigan ditolak anggota polis menggunakan basikal mereka pada Jumaat malam.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga.
Malaysia terus komited sokong OIC
Malaysia terus berpegang teguh kepada sokongan terhadap pertubuhan kerjasama islam (OIC) dalam mempromosi keamanan, keselamatan dan pembangunan ummah.
PM Anwar hadir Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Pulau Pinang
Perdana Menteri menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong, George Town.
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
Linkin Park bakal reunion, vokalis Evanescence ganti mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekali gus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Lebih dua suspek dipercayai terlibat kes samun Akhyar Rashid
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata ia berdasarkan keterangan mangsa.
Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Man City dalam EPL kepada 20 perlawanan.
714 penyeludupan barang kawalan libatkan RM6.6 juta dibanteras pada 2021
Dalam tempoh sama, KPDNHEP menerima 250 kes serahan agensi lain membabitkan rampasan bernilai RM5.2 juta bagi akta sama.