Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah menahan 72 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu operasi khas Gasak Laut Siri 3, di Kampung Denawan, di sini pada Sabtu.
Komander ESSCOM Datuk Hazani Ghazali dalam satu kenyataan media berkata operasi yang bermula seawal jam 12 tengah malam dan berakhir pada 7 pagi itu, menyasarkan kawasan penempatan yang disyaki menjadi tempat persembunyian PATI di samping mengekang elemen jenayah lain seperti penyeludupan barang-barang terkawal dan bersubsidi seperti minyak petrol ke negara jiran dan aktiviti pengeboman ikan.
"Selain tempat persembunyian PATI, Pulau Denawan disyaki menjadi salah sebuah perkampungan yang dijadikan staging point oleh penjenayah rentas sempadan melakukan aktiviti penyeludupan barang-barang kawalan seperti minyak petrol dan lain-lain," katanya.
Hazani berkata dalam operasi berkenaan, seramai 81 orang telah diperiksa dan daripada jumlah tersebut seramai 72 disyaki PATI yang berumur 5 hingga 70 tahun telah ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah atau meragukan.
Menurutnya lagi, kesemua PATI yang ditahan telah dihantar ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau untuk tujuan dokumentasi sebelum dihantar ke negara asal masing-masing.
Beliau berkata operasi yang telah disertai oleh seramai 130 anggota keselamatan yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia itu telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
"Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat seperti Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia yang telah membantu menjayakan operasi pada kali ini," katanya.
Beliau berkata, ESSCOM akan meneruskan operasi-operasi seumpama ini bagi mengekang dan membanteras aktiviti penyeludupan dan kemasukan PATI yang menjadi punca kepada berlakunya jenayah-jenayah lain di daerah ini.
Ridzal Abdullah, Petrus Bernard
Sun Nov 24 2019
ESSCOM akan meneruskan operasi-operasi seumpama ini bagi mengekang dan membanteras aktiviti penyeludupan dan kemasukan PATI. - ESSCOM
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
72 PATI ditahan ESSCOM dalam Op Gasak
Kesemua PATI yang ditahan telah dihantar ke Pusat Tahanan Sementara Tawau untuk tujuan dokumentasi sebelum dihantar ke negara asal.