awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

73 hilang tempat tinggal, lima rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pemukat

Bernama
Bernama
23/06/2024
15:57 MYT
73 hilang tempat tinggal, lima rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pemukat
Kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya pada 7.09 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan. - Gambar JBPM Sarawak
LIMBANG: Tujuh puluh tiga orang hilang tempat tinggal selepas lima buah rumah yang mereka diami musnah dalam kebakaran di Kampung Pemukat, Jalan Kuala Lawas, Lawas lewat petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata sebaik sahaja menerima panggilan mengenai insiden itu pada 5.47 petang, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas telah dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 43 kilometer dari balai berkenaan.
Beliau berkata turut dikerah ke lokasi kejadian ialah pasukan bantuan dari BBP Sipitang serta pasukan bomba sukarela dari Kampung Pemukat dan Kampung Punang.
"Lima buah rumah musnah 100 peratus menyebabkan 73 penghuni hilang tempat tinggal manakala seorang lelaki berusia 73 tahun melecur di bahagian tangan," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya pada 7.09 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#melecur
#BBP SIpitang
#Kampung Pemukat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan