KUALA LUMPUR: Sebanyak 73 penjawat awam telah disiasat atas dakwaan berkaitan unsur pemerdagangan manusia sepanjang tahun ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, 40 orang daripada jumlah yang ditahan itu merupakan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Menurut Hamzah, daripada 40 pegawai JIM itu, enam orang telah dikenakan tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lima lagi di bawah Akta Imigresen dan 27 lagi dikenakan tindakan tata tertib seperti digantung dan dibuang kerja.
Manakala dua lagi pegawai, jelas Hamzah, telah meletakkan jawatan.
Sementara daripada 33 penjawat awam yang ditahan pula, kata beliau, 13 telah dituduh, 16 telah dibebaskan dan baki sebanyak empat lagi individu masih dalam siasatan.
"Ini membuktikan kita beri tumpuan apabila ada laporan datang daripada semua pihak, kita cuba untuk menentukan segala apa yang di tangan kita, akta perlu tambah baik, kita buat penambahbaikan seperti baru baru ini diluluskan pada Mac sehingga ada pindaan," kata Hamzah.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Majlis Sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia Tahun 2022 di Rumah Perlindungan Wanita di ibu negara pada Khamis.
Hadir sama ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.
Mengulas lanjut, Hamzah menggesa pada orang ramai agar menyalurkan maklumat kepada kementerian dan agensi yang bertanggungjawab, agar jenayah pemerdagangan manusia dapat dikekang.
Katanya, jenayah pemerdagangan manusia memberikan kesan yang tidak baik kepada imej negara akibat tindakan majikan yang zalim dan tidak bertanggungjawab terhadap pekerjanya terutama warga asing.
"Saya nak maklumkan media dapat menguar-uarkan, kita tidak mahu melihat negara ini ada 'modern slavery' (perhambaan moden) (dan) memberikan imej negara agak buruk.
"Ia bermula (dengan) tanggungjawab majikan itu sendiri, kalau dia tidak bayar gaji pekerja akhirnya pekerja tersebut terjatuh ke dalam masalah ini, menjadi mangsa yang bekerja tanpa imbuhan, ia secara automatik diperdagangkan," kata Hamzah lagi.
Sehubngan itu, tegas Hamzah, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan sewajarnya kepada mana-mana pihak sekiranya terlibat dalam jenayah pemerdagangan manusia.
Fareez Azman
Thu Aug 04 2022
Sebanyak 73 penjawat awam telah disiasat atas dakwaan berkaitan unsur pemerdagangan manusia sepanjang tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Petugas syarikat pengedar kurma antara tiga ditahan disyaki samun wang syarikat
Polis menahan sepasang suami isteri dan seorang petugas syarikat pengedar kurma disyaki terlibat kes samun wang syarikat itu bernilai RM143,941 dalam kejadian di Simpang Ampat di Nibong Tebal dekat si
Polis selamatkan empat wanita India mangsa pemerdagangan manusia
Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun dan seorang wanita warga India berusia 36 tahun.
289 kes pemerdagangan manusia dari 2022-2024
Sebanyak 526 tangkapan dilakukan, dengan 992 mangsa diselamatkan dalam tempoh sama.
Kawasan penemuan kem, kubur di Wang Kelian pada 2015 sentiasa dipantau - Polis
Pihak Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasukan 69 Komando melakukan rondaan berjalan kaki berterusan secara berkala di kawasan itu untuk memastikan tiada lagi aktiviti kemasukan pendatang tanpa izin.
37 wanita asing mangsa eksploitasi seks diselamatkan
Polis berjaya menyelamatkan seramai 37 wanita warga asing disyaki menjadi mangsa eksploitasi untuk kegiatan persundalan menerusi serbuan di sekitar Selangor, pada khamis.
Pemerdagangan orang: Pesawat terkandas di Perancis berlepas ke India
Media Perancis melaporkan terdapat laporan yang mendakwa beberapa penumpang menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Lubuk scam: Usah ghairah dengan tawaran kerja gaji lumayan - Mangsa
Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Roshaidi Harun berkata, ramai ejen penipuan pekerjaan berusaha menjerat mangsa di Malaysia.
Lubuk scam: Tertarik dengan gaji lumayan, remaja dipaksa kerja sebagai scammer
Pada mulanya dijanji pendapatan sebanyak AS$1,100 (RM5,194.24), namun, kesudahannya Mira terjebak sebagai scammer!
Lubuk scam: Rangka undang-undang khusus pemerdagangan manusia, sediakan talian 'hotline'
Kerajaan Malaysia juga perlu membincangkan isu tersebut di peringkat global dan mengukuhkan kerjasama dengan negara yang menjadi lubuk scam.