awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8 barang disenarai bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali

Fareez Azman
Fareez Azman
06/11/2023
06:50 MYT
8 barang disenarai bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali
SHMMP akan berjalan selama tiga hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan tiga hari selepas perayaan. - Gambar hiasan
KAJANG: Lapan barangan termasuk bawang merah besar import dan kacang dal Australia disenaraikan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023.
Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali, berkata skim itu berkuat kuasa tujuh hari bermula 9 hingga 15 Nov ini.
Beliau berkata, barangan lain ialah bawang merah kecil (India) tidak termasuk ros, cili merah, daging kambing biri-biri bertulang import, kelapa biji (harga maksimum pada peringkat borong sahaja), kelapa parut (harga maksimum pada peringkat runcit sahaja) dan tomato.
"SHMMP ini akan berjalan selama tiga hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan tiga hari selepas perayaan... dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," katanya dalam sidang media pengumuman SHMMP Deepavali 2023 di sini hari ini.
Armizan berkata semakan harga boleh dibuat menerusi laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara (KPDN) di https://www.kpdn.gov.my.
"Sebarang kes mengenai harga barangan juga kita minta orang ramai agar melaporkan secara terus kepada mana-mana platform kementerian bagi memastikan aduan itu dapat disiasat dengan segera," katanya.
Deepavali atau pesta cahaya akan disambut oleh penganut agama Hindu di seluruh negara Ahad ini.
Topic Berkaitan
#Deepavali
#skim kawalan harga
#SHMMP
#Armizan Mohd Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan