DUNGUN: Lapan premis makanan di Dungun dan Kemaman diarah tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana tidak mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, arahan itu dikeluarkan dalam Op Premis Bersih Peringkat Negeri yang diadakan selama dua hari bermula Rabu di dua daerah berkenaan.
“Sebanyak 55 premis makanan telah diperiksa di mana lapan premis diarahkan ditutup kerana pelbagai kesalahan antaranya kehadiran tikus, peti sejuk tempat penyimpanan bahan mentah tidak berfungsi.
“Selain itu, kita juga dapati persekitaran premis makanan tidak bersih dan tidak terurus, pengendali makanan yang tidak diketahui status kesihatan dan tiada pelalian anti-tifoid serta tidak menitik beratkan kebersihan diri.
“Operasi ini difokuskan kepada premis yang sering dikunjungi ramai dan kawasan tumpuan pelancong antaranya bandar Cukai, Kemasik di Kemaman bandar Dungun dan Paka,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Menurut Dr Kasemani, penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) yang menjalankan pemeriksaan juga mengesan penggunaan 12 sijil latihan pengendali makanan (LPM) yang tidak sah oleh pengendali makanan.
Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana JKNT hanya menerima sijil LPM asal dikeluarkan sekolah latihan LPM kepada pegawai berkuasa sebagai bukti kehadiran kursus LPM bukan salinan sijil fotokopi.
Selain itu jelasnya, sebanyak 98 notis kehadiran mahkamah bagi kesalahan yang boleh dikompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 turut dikeluarkan dengan jumlah nilai kompaun sebanyak RM26,450.
“Jadi tanggungjawab pemilik dan pengusaha premis makanan memastikan kedai mereka bersih pada setiap masa.
“Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan melalui pelaksanaan sepenuhnya Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 akan diadakan secara berterusan bagi melindungi kepentingan awam.
“Kita juga sentiasa mengadakan aktiviti promosi supaya pengguna sentiasa memilih premis makanan bersih sekali gus menjamin kesihatan mereka,” ujarnya.
Seramai 72 anggota penguat kuasa dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKNT, Pejabat Kesihatan Daerah di seluruh Terengganu, Majlis Perbandaran Dungun dan Majlis Perbandaran Kemaman terlibat dalam operasi tersebut. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 19 2022
Ruang sejuk beku antara aspek yang diperiksa oleh penguat kuasa JKNT dalam Op Premis Bersih diadakan selama dua hari di Dungun dan Kemaman. - Foto JKNT
Indeks Kebebasan Media: Malaysia merudum 34 anak tangga, bukan lagi terbaik ASEAN
Malaysia berada di kedudukan 107 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF) berbanding tangga 73 tahun lepas.
Kebebasan Media: Malaysia merudum 34 tangga, bukan lagi terbaik ASEAN
Kedudukan Malaysia merudum 34 tangga kepada 107 dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2024 kelolaan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF). Ia sekali gus menjadikan Malaysia bukan lagi yang terbaik di Asean.
Lembaga pengarah DNB bermesyuarat minggu depan, tentukan syor bagi hala tuju rangkaian 5G kedua - Gobind
Lembaga pengarah Digital Nasional Bhd (DNB) yang baru dilantik akan mengadakan mesyuarat pada Selasa depan.
"Siasatlah...mereka akan tahu apa yang sebenarnya' - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata pemberian duit raya merupakan amalannya sewaktu menyantuni kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan pesakit di wad.
Turkiye gantung aktiviti perdagangan dengan Israel
Turkiye menggantung segala aktiviti perdagangan dengan Israel pada Khamis berikutan serangan berterusan rejim itu ke atas Semenanjung Gaza.
Remaja 13 tahun mengaku bakar anak kucing hidup-hidup
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas satu pertuduhan membakar anak kucing di sebuah pangsapuri, minggu lalu.
PKR rai ulang tahun 25 tahun dengan penganjuran karnival 11 Mei ini - Nurul Izzah
PKR akan meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya dengan menganjurkan satu karnival terbuka di Sentul Depot, Kuala Lumpur 11 Mei ini.
Syed Hamid Albar letak jawatan sebagai Pengerusi Yayasan WIEF
Syed Hamid Albar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), berkuat kuasa 30 April.
AWANI Tonight: Microsoft to invest RM10.5 bil in cloud, AI services
Microsoft has pledged RM10.5 billion investment in artificial intelligence (AI) and cloud computing to help develop Malaysia’s AI infrastructure.
AWANI Tonight: UCLA pro-Palestine students in standoff with police
Hundreds of police officers made their way to the UCLA campus, warning pro-Palestinian demonstrators that they would be arrested for unlawful assembly if they did not leave.
Premis makanan kotor? Tunggu kami datang... - DBKL
DBKL tidak akan bertoleransi dengan mana-mana premis makanan yang mengabaikan aspek kebersihan.
31 premis makanan kotor di Kuantan diarah tutup
Sebanyak 31 premis makanan kotor di Kuantan diarah tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 bagi kerja-kerja pembersihan.
58 premis makanan kotor di Melaka diarah tutup tahun lepas
Sebanyak 58 premis makanan kotor di negeri ini diarah tutup kerana gagal mencapai standard kebersihan ditetapkan sepanjang tahun lepas.
8 premis makanan kotor diarah tutup
Arahan itu dikeluarkan dalam Op Premis Bersih Peringkat Negeri yang diadakan selama dua hari bermula Rabu di dua daerah berkenaan.
17 premis makanan kotor di Kelantan diarah tutup
Sebanyak 17 daripada 4,097 premis makanan di Kelantan diarahkan tutup setakat ini berikutan gagal mematuhi peraturan kebersihan dari segi aspek penyediaan dan penyimpanan.