TUMPAT: Sebanyak 80 peratus daripada jumlah peruntukan bernilai RM100 juta telah diagihkan kepada ketua isi rumah (KIR) yang terlibat banjir di Kelantan menerusi Program Agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI).
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata peruntukan itu membabitkan sebanyak 73,328 KIR dari 10 jajahan di negeri ini yang telah terkesan dengan kejadian banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023.
"Proses agihan peruntukan berkenaan dilakukan secara fizikal selain ia juga diagihkan menggunakan kaedah Electronic Transfer (EFT) melalui bank kepada mereka yang disahkan layak oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).
"Sehingga kini, seramai 61,864 KIR telah menerima agihan BWI ini iaitu kira-kira 80 peratus daripada jumlah peruntukan keseluruhan dan selebihnya ia akan diagihkan dari semasa ke semasa. Setakat ini, hanya 11,464 KIR yang masih belum menerima BWI," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama dan RTM pada Program Agihan BWI Mangsa Banjir MTL 2022/2023 bagi jajahan Tumpat di Dewan Mak Jah, Pasir Pekan, di sini hari ini, yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.
Pada majlis itu, Nik Nazmi turut menyampaikan wang agihan BWI kepada 64 KIR bagi jajahan Tumpat yang terkesan dalam kejadian banjir MTL 2022/2023.
Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan Kelantan menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan atas peruntukan yang telah disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri ini.
"Saya berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan atas peruntukan yang diberikan walaupun kejadian banjir ini telah berlalu, namun sumbangan masih diteruskan. Diharap, dengan adanya sumbangan ini ia dapat meringankan beban mereka yang terkesan," katanya.
Seorang penerima, Kariah Bakar, 54, yang juga seorang ibu tunggal dari Kampung Pulau Raja berkata wang bantuan itu sekali gus menunjukkan keprihatinan kerajaan Persekutuan dalam membela nasib rakyat.
"Peruntukan wang bernilai RM1,000 ini dapat meringankan beban saya untuk menampung keperluan anak-anak terutamanya yang masih bersekolah," kata ibu kepada lapan anak itu.
Mengimbas kejadian banjir pada tahun lepas, Kariah berkata beliau sekeluarga terpaksa berpindah ke rumah saudara selama kira-kira seminggu selepas rumah miliknya digenangi dengan air banjir kira-kira hampir satu meter.
"Alhamdulillah walaupun terkesan dengan banjir sehingga terpaksa berpindah ke rumah saudara, tiada sebarang kerosakan yang dialami selain barang-barang keperluan termasuk dokumen penting juga telah disimpan lebih awal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata peruntukan itu membabitkan sebanyak 73,328 KIR dari 10 jajahan di negeri ini yang telah terkesan dengan kejadian banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023. - BERNAMA
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Penduduk Kuala Krai siap sedia hadapi banjir gelombang keempat
Hujan berterusan sejak dua hari lepas menyebabkan rata-rata penduduk yang menetap di kawasan rendah di Kuala Krai siap sedia hadapi banjir lagi.
Jalan Dabong-Jeli mula dibuka satu lorong - JKR
Laluan di Seksyen 73.85, Jalan Dabong - Jeli (FT066) yang terputus akibat kegagalan pembetung, dibuka secara satu lorong untuk semua jenis kenderaan ringan sahaja (maksimum hingga 20 tan) semalam.
Kos tambahan RM3.75 juta untuk selenggara Jalan Gua Musang-Kuala Krai
Kos tambahan sebanyak RM3.75 juta diperlukan bagi penyelenggaraan empat lokasi yang dikenal pasti antaranya disebabkan berlubang dan rosak di sepanjang Jalan Gua Musang-Kuala Krai (FT08).
Pejabat daerah mesti ‘buta warna’ agih bantuan banjir - Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar mengetepikan sentimen politik ketika mengagihkan bantuan banjir kepada rakyat.
7 pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat
JPN Kelantan memaklumkan tujuh pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat berlaku di negeri ini.
Lubang benam: Laluan KM73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli ditutup
Laluan KM 73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli (FT 066) berhampiran Kampung Kubur Datu di Jeli ditutup kepada semua kenderaan akibat lubang benam (sinkhole).
Kos pembinaan jalan sementara di Kampung Lata Janggut Seberang RM60,000
JKR menganggarkan kerja-kerja pembinaan jalan sementara di Kampung Lata Janggut Seberang di sini, akan menelan kos sebanyak RM60,000.
Banjir: 'Culvert 10' jadi tumpuan pemburu ikan sungai
Paras air Sungai Lachang yang mulai surut selepas banjir gelombang ketiga memberi rezeki kepada penggemar ikan sungai di sekitar Rantau Panjang.
Banjir: 1,122 mangsa berlindung di 13 PPS di 3 negeri
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus mencatatkan penurunan kepada 1,122 orang di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) tengah hari ini, berbanding 1,483 orang di 15 PPS pagi tadi.
NGO guna MRV buatan sendiri bantu mangsa banjir
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menampilkan kelainan dengan menggunakan Multipurpose Rescue Vehicle (MRV) buatan sendiri bernilai RM1.6 juta untuk misi banjir.