KUALA LUMPUR: Sebanyak 829 orang dipercayai mangsa pemerdagangan orang diselamatkan dalam 190 serbuan polis di seluruh negara dalam tempoh Januari tahun lepas hingga Mei tahun ini dan memperoleh Perintah Perlindungan Sementara (IPO).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata daripada jumlah itu, 74 orang telah mendapat Perintah Perlindungan (PO) tahun lepas manakala 65 orang memperolehnya dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.
"Sebanyak 599 orang diselamatkan hasil 146 serbuan tahun lepas manakala 230 orang diselamatkan dalam 44 serbuan dari Januari hingga Mei tahun ini.
"Sebanyak 243 orang ditahan kerana disyaki terlibat dalam jenayah pemerdangan orang sepanjang tahun lepas manakala 110 orang ditahan tahun ini," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata jenayah pemerdagangan orang adalah jenayah rentas sempadan yang menjadi isu global dan polis serius dalam membanteras jenayah itu.
"Antaranya bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan yang banyak membantu dalam penyaluran maklumat dan mewujudkan kesedaran awam berhubung jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.
"(Selain itu), pelbagai program tahunan termasuk kursus, latihan dalam perkhidmatan, seminar dan bengkel dijalankan sama ada anjuran dalaman atau kerjasama dengan agensi atau pertubuhan luar," katanya.
Beliau berkata program-program berkenaan bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran pegawai terutama dalam kalangan agensi penguatkuasaan dan pendakwaan bagi memerangi jenayah tersebut.
Abd Jalil berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) berusaha untuk membanteras jenayah pemerdagangan orang terutamanya buruh paksa dengan tindakan yang berterusan.
"Merujuk kepada statistik sepanjang tahun lepas, PDRM menjalankan 62 serbuan terhadap jenayah eksploitasi buruh paksa dan bagi tahun ini sehingga bulan Mei, sebanyak 25 serbuan dijalankan. Kebanyakan mangsa adalah rakyat Indonesia, Filipina dan India," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 19 2021
PDRM berusaha untuk membanteras jenayah pemerdagangan orang terutamanya buruh paksa dengan tindakan yang berterusan. - Gambar hiasan
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Banjir: Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Seramai 433 mangsa daripada 123 keluarga kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan empat negeri.
Gelombang kedua banjir: Mangsa di pantai timur meningkat
Setakat jam 6 pagi Rabu, jumlah mangsa di dua negeri, iaitu di Terengganu dan Kelantan, meningkat berbanding malam tadi.
Banjir: Jumlah mangsa kembali meningkat susulan amaran hujan lebat berterusan
1,093 mangsa daripada 326 keluarga kini ditempatkan di 27 PPS, di tujuh negeri.
Banjir: Terengganu kembali pulih dengan semua PPS ditutup
Jumlah mangsa banjir di beberapa negeri lain catat sedikit peningkatan ke 10,636 orang setakat jam 9 pagi Sabtu.
Banjir: Situasi makin pulih di tujuh negeri
Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 62 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di tujuh negeri.
NGO disaran bersikap empati terhadap mangsa banjir
Bantuan PFA penting untuk diberikan kepada kerana mereka memerlukan bantuan dan sokongan dari sudut psikologi.
Banjir: Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Sebanyak 120 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di tujuh negeri.
Mangsa banjir di seluruh negara catat penurunan
Setakat 6 pagi Selasa, sejumlah 94,619 mangsa masih berada di 406 pusat pemindahan sementara (PPS).
Banjir: Jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 138,042 setakat 6 pagi hari ini
Sebanyak 41,605 keluarga ditempatkan di 641 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan negeri.