awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

871,051 individu lengkapkan dua dos vaksin COVID-19

Bernama
Bernama
23/05/2021
15:16 MYT
871,051 individu lengkapkan dua dos vaksin COVID-19
Dr Adham berkata lima negeri yang lengkap menerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 117,920 dos diikuti Sarawak (89,952), Kuala Lumpur (88,089), Johor (76,813) dan Perak (70,499). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 871,051 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menerusi akaun Twitternya hari ini, Dr Adham berkata seramai 1,471,449 individu pula telah menerima dos pertama sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah 2,342,500 dos setakat semalam.
Dr Adham berkata lima negeri yang lengkap menerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 117,920 dos diikuti Sarawak (89,952), Kuala Lumpur (88,089), Johor (76,813) dan Perak (70,499).
Setakat semalam, 43.6 peratus atau 10,573,415 individu telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor terus mencatat jumlah pendaftaran tertinggi berjumlah 2,751,706 orang.
Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lepas melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.
Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Adham Baba
#vaksin
#COVID-19
#lengkapkan vaksin
#dos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan