IPOH: Sebanyak 9,634 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya sepanjang lima hari pelaksanaan Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina di Perak sejak Jumaat lepas.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak Supt Azizan Hassan berkata antara kesalahan tertinggi adalah memandu melebihi had laju, tidak mematuhi lampu isyarat, tiada lesen memandu, dan insurans tamat tempoh.
"Sepanjang tempoh Op Selamat 17/2022 ini, jumlah kemalangan setakat hari ini adalah sebanyak 585 berbanding 608 pada Op Selamat 16/2020.
"Jumlah kemalangan dilihat berkurang sebanyak empat peratus namun jumlah kemalangan maut pula meningkat iaitu sebanyak enam kes berbanding dua kes pada Op Selamat 16/2020," katanya ketika ditemui pemberita pada Operasi Khas Bas Ekspres bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Terminal Amanjaya Meru Raya di sini malam tadi.
Beliau berkata pihaknya telah meningkatkan pemantauan dan rondaan di kawasan-kawasan yang sering berlaku kemalangan.
Menurut beliau, daerah mencatatkan kemalangan tertinggi dalam tempoh Op Selamat kali ini adalah Ipoh, Taiping dan Tapah manakala kebanyakan kemalangan berlaku melibatkan kereta sebanyak 425, motosikal (56) dan kenderaan pelbagai guna (31).
"Lokasi yang sering berlaku kemalangan dalam tempoh Op Selamat kali ini ialah di Jalan Bandaransebanyak 236, Jalan Persekutuan (126) dan diikuti Jalan Ekspress (lebuh raya) sebanyak 103," katanya.
Sementara itu, katanya satistik menunjukkan terdapat lapan kes kemalangan jalan raya dalam tempoh Op Selamat 17/2022 melibatkan bas berbanding tiga kes pada Op Selamat 16/2020 yang mana kebanyakannya berlaku di kawasan perindustrian.
Bagaimanapun, katanya tiada kes maut dilaporkan melibatkan bas sebaliknya hanya kemalangan kecil dilaporkan dan tindakan penguatkuasaan juga ditingkatkan sepanjang Op Selamat bagi memastikan pengguna jalan raya yang lain mematuhi undang-undang.
Dalam pada itu, AADK turut menahan tiga pemandu kenderaan berusia 24 hingga 45 tahun positif dadah dalam pemeriksaan Op Mabuk yang dijalankan di Jalan Sultan Azlan Shah (STAR) di sini bermula 11 malam hingga 3 pagi tadi.
"Ujian saringan awal mendapati ketiga-tiga mereka yang beralamat di Ipoh positif dadah jenis Methampetamine dan kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 03 2022
Sebanyak 9,634 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya sepanjang lima hari pelaksanaan Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina di Perak sejak Jumaat lepas. -Gambar fail/Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
JPJ Terengganu terima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya
JPJ Terengganu menerima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Op Bersepadu: JPJ keluar 632 notis saman pelbagai kesalahan jalan raya
Sebanyak 1,122 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah itu, 401 kenderaan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.
Op Hari Raya Aidiladha: JPJ keluar lebih 2,000 saman di tiga negeri
Antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, tiada lesen memandu, dan cermin gelap.
136,448 warga asing lakukan kesalahan jalan raya sejak 2019
Kira-kira 136,448 warga asing di seluruh negara direkod melakukan pelbagai kesalahan jalan raya bermula 2019 hingga Mei tahun ini.
9,634 saman dikeluarkan sepanjang lima hari Op Selamat di Perak
Sebanyak 9,634 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya sepanjang lima hari pelaksanaan Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina di Perak sejak Jumaat lepas.
JPJ Johor keluar 214 notis, saman kepada pemandu asing
Operasi dilakukan hasil risikan selama sebulan oleh 31 pegawai dan anggota Bahagian Penguatkuasa.
JPJ kekal penggunaan WhatsApp untuk orang ramai buat aduan
Langkah itu dianggap berkesan dalam menangani pemandu yang melanggar peraturan antara lain memotong di garisan berkembar, melanggar lampu isyarat dan memotong di lorong kecemasan.
Tiada keperluan kekalkan AES jika Kejara berkesan - Mahfuz
Mahfuz berkata jika sistem demerit dilaksanakan, pemberian denda untuk menghukum pemandu akan menjadi tidak relevan.
PDRM tetap dengan cadangan naikkan kadar kompaun trafik
Kenaikan kadar kompaun maksimum sebagai satu usaha menurunkan statistik kemalangan jalan raya maut yang meningkat sepanjang tahun.