awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Bersepadu: JPJ keluar 632 notis saman pelbagai kesalahan jalan raya

Bernama
Bernama
15/12/2022
02:25 MYT
Op Bersepadu: JPJ keluar 632 notis saman pelbagai kesalahan jalan raya
Lokman ketika sidang media sempena Operasi Bersepadu di Plaza Tol Awan Besar malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mengeluarkan 632 notis saman atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam operasi bersepadu selama dua jam di Plaza Tol Awan Besar (menghala Bukit Jalil) di sini, malam tadi.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Malaysia Datuk Lokman Jamaan berkata daripada jumlah itu, 498 notis saman melibatkan lima kesalahan utama iaitu gagal mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memotong garisan berkembar dan memandu melebihi had laju.
Katanya daripada jumlah notis saman itu juga, 34 notis adalah larangan penggunaan kenderaan, 81 notis arah periksa kenderaan, 10 notis arah timbang dan sembilan notis penahanan kenderaan melibatkan enam motosikal.
"Dalam operasi ini, sebanyak 1,122 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah itu, 401 kenderaan dikenakan tindakan pelbagai kesalahan.
"Selain itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) memeriksa 15 kenderaan dan lapan daripada kenderaan yang diperiksa itu diambil tindakan atas kesalahan bunyi bising," katanya dalam sidang media di plaza tol berkenaan.
Sementara itu, dalam operasi bersepadu berkenaan, Jabatan Imigresen menahan lapan warga Myanmar, dua warga Bangladesh dan masing-masing seorang warga India dan Indonesia kerana masalah dokumen pengenalan diri.
Beliau berkata Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) juga menahan enam individu kerana disyaki terlibat kes penyalahgunaan dadah jenis syabu dan ganja.
"Op bersepadu ini akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti secara dekat kadar pematuhan peraturan jalan raya ke arah mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya menjelang musim cuti persekolahan," katanya.
Lokman berkata operasi itu melibatkan Polis Diraja Malaysia, AADK, JAS, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengangkutan Datuk Razali Mohamad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#saman
#kesalahan jalan raya
#Lokman Jamaan
#JPJ Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan