awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Lima Kluster Strategik perkukuh Reformasi Kesihatan MADANI - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9 GRO warga asing diberkas, pusat hiburan tiada lesen

Sinar Harian
Sinar Harian
28/07/2022
23:00 MYT
9 GRO warga asing diberkas, pusat hiburan tiada lesen
Antara individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Baba off Jalan Pudu pada Rabu. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seramai sembilan wanita warga asing disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) diberkas dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Baba off Jalan Pudu di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, dalam serbuan pada jam 11 malam itu, seramai sembilan wanita berusia 30 hingga 40 tahun ditahan.
"Kita juga menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang disyaki pengurus premis itu.
"Kita merampas dua buah pembesar suara, satu resit perniagaan, satu set pengadun muzik, satu pembesar muzik, sebuah komputer riba dan set peralatan internet," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, pusat hiburan itu disyaki mengadakan aktiviti hiburan tanpa lesen.
"Kesemua individu itu direman selama empat hari bermula Khamis hingga Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992, Seksyen 55b Akta Imigresen 1953/69 dan Seksyen 6 (1) (c) akta yang sama," ujarnya.
Noor Dellhan berkata, pihaknya akan meningkatkan operasi dan pemeriksaan di premis hiburan.
"Kita juga akan melakukan pemantauan ke atas aktiviti pub dan kelab malam yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Akta Imigresen
#pusat hiburan
#GRO
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan