awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9 lokaliti di Perak, Pahang, Kedah dan Sabah dikena PKPD mulai 26 Julai

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
24/07/2021
12:12 MYT
9 lokaliti di Perak, Pahang, Kedah dan Sabah dikena PKPD mulai 26 Julai
Sembilan lokaliti melibatkan Perak, Pahang, Kedah serta Sabah dikenakan PKPD bermula 26 Julai hingga 8 Ogos ini - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan lokaliti melibatkan Perak, Pahang, Kedah serta Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 26 Julai hingga 8 Ogos ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata PKPD di Perak melibatkan Daerah Kinta iaitu masing-masing di Medan Klebang Restu (Mukim Chemor) dan Bandar Pulai Jaya (Mukim Sg. Raia).
Selain itu, beliau berkata kerajaan turut melaksanakan PKPD di Blok 5 FELDA Keratong 7, Muadzam Shah, Rompin dan Asrama Pekerja dan Tapak Bina Hospital Pendang, Pendang.
Bagi Sabah pula, ia melibatkan dua lokaliti di Daerah Beaufort iaitu Kampung Lajau dan Kampung Kota Klias.
Ismail Sabri menambah tiga lagi PKPD di Sabah adalah di Perumahan Ladang Kim Loong, Beluran; Kampung Tungkang, Kudat; serta Kampung Telisai, Tungku, Lahad Datu.
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan tujuh lokaliti di Sabah turut ditamatkan PKPD pada 25 Julai ini.
Ia melibatkan Ql Farm Membalua, Tawau; Kampung Pikat, Bongawan, Papar; Penjara Kepayan, Kota Kinabalu; serta Kampung Jawi-Jawi, Kota Belud.
Manakala tiga lagi lokaliti di Kota Kinabalu melibatkan Kampung Suang Parai; Taman Kingfisher Sulaman; dan Bandaran Berjaya.
Topic Berkaitan
#PKPD tamat
#PKPD Sabah
#PKPD Kedah
#PKPD Pahang
#ismail sabri yaakob
#Timbalan Perdana Menteri
#PKP 3 0
#MCO 3 0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan