awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

90 stesen pemancar dinaik taraf di Langkawi, usaha perkasa Pelan Jendela

Hilmi Malik
Hilmi Malik
19/09/2021
16:22 MYT
90 stesen pemancar dinaik taraf di Langkawi, usaha perkasa Pelan Jendela
Tan Sri Annuar Musa berkata, setakat ini sebanyak 3,182 premis telah diliputi dengan sambungan gentian optik. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Sebanyak 90 stesen pemancar di Langkawi telah dinaik taraf dalam usaha memastikan pelaksanaan Fasa Satu Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) berjalan lancar.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, setakat ini sebanyak 3,182 premis telah diliputi dengan sambungan gentian optik.
“Saya ingin memastikan pelaksanaan Pelan Jendela Fasa 1 berjalan lancar. Di Langkawi 90 stesen pemancar telah dinaik taraf dan 3,182 premis telah diliputi dengan sambungan gentian optik,” katanya menerusi ciapannya di Twitter pada Ahad.
Pelan Jendela merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan jalur lebar terutamanya bagi mengatasi isu capaian jalur lebar di Sabah dan Sarawak.
Saya ingin memastikan pelaksanaan pelan JENDELA Fasa 1 berjalan lancar. Di Langkawi 90 stesen pemancar telah dinaik taraf & 3,182 premis telah diliputi dengan sambungan gentian optik. pic.twitter.com/FQCpVZMsGl
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) September 19, 2021
Sebelum ini, Annuar musa menyatakan tahap liputan jalur lebar berada pada tahap 93 peratus dan ia akan terus dipertingkat pada tahap 98 peratus.
Kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM700 juta bagi menjayakan inisiatif berkenaan bagi fasa satu yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2022.
Dalam pada itu, beliau turut berhasrat agar Pelan Jendela bagi fasa 2 dapat dilaksanakan dengan lebih cepat yang turut menelan belanja sebanyak RM3.6 bilion.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#KKMM
#JENDELA
#Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan