awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9,015 kes keganasan rumah tangga sepanjang PKP - Rina Harun

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/09/2021
03:54 MYT
9,015 kes keganasan rumah tangga sepanjang PKP - Rina Harun
Rina berkata, pelaksanaan PKP bagi mengekang penularan jangkitan didapati memberi kesan mendalam terhadap ekonomi dan sosial kepada rakyat negara ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendedahkan sebanyak 9,015 kes keganasan rumah tangga direkodkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara bagi tempoh Mac 2020 hingga Ogos 2021.
Menterinya, Datuk Seri Rina Harun, berkata pelaksanaan PKP bagi mengekang penularan jangkitan didapati memberi kesan mendalam terhadap ekonomi dan sosial kepada rakyat negara ini.
Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan insiden keganasan rumah tangga, Rina berkata sebanyak 5,260 kes direkodkan pada 2020, iaitu menunjukkan penurunan berbanding 5,657 yang dicatatkan pada 2019.
"Manakala pada Januari hingga Ogos 2021 ialah sebanyak 4,905. Bermula dari PKP pada Mac hingga Ogos 2021, sebanyak 4,110 kes.
"Ia menjadikan jumlah 9,015 yang direkodkan dari Mac hingga Ogos 2021," katanya pada Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Polis Diraja Malaysia
#keganasan rumah tangga
#Rina Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan