awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

91 pemilik kenderaan guna laluan kecemasan bakal dikenakan tindakan - JPJ

Astro Awani
Astro Awani
29/05/2016
06:44 MYT
91 pemilik kenderaan guna laluan kecemasan bakal dikenakan tindakan - JPJ
Kelewatan ambulans yang tidak dapat menggunakan lorong kecemasan akibat dihalang kenderaan menyebabkan dua adik beradik itu maut sebelum sempat dirawat di hospital. - Gambar fail
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memanggil 91 pemilik kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan sehingga menganggu ambulans di Kilometer 228, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran susur keluar Simpang Ampat, Melaka, Ahad lalu.
Pengarah Penguatkuasa JPJ, Datuk V.Valluvan memaklumkan mereka diberikan tempoh dua minggu bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan yang menyebabkan dua penunggang motosikal maut akibat kelewatan ambulans.
"Kita sudah kenal pasti semua pemilik dan akan menghantar notis temu siasatan ke alamat yang didaftarkan pemilik kenderaan terbabit termasuk tujuh daripadanya adalah kenderaan dari Singapura,
"Selepas siasatan dijalankan dan jika didapati pemilik bersalah, mereka akan dihadapkan ke mahkamah mengikut Kaedah 9 dan 53 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959," katanya.
BACA: 'Pemandu yang guna lorong kecemasan adalah pembunuh' - Saksi
BACA: Salah guna lorong kecemasan: Rakaman video, gambar boleh jadi bukti - JPJ
Jika disabit kesalahan, denda RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali akan dikenakan.
Dalam kejadian jam 3.30 petang Jumaat lalu, seorang penunggang dan pembonceng motosikal cedera parah selepas melanggar sebuah kereta yang diletakkan di lorong kecemasan kerana rosak.
Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mereka tercampak di atas jalan raya, manakala sebuah lori sayur yang berada di belakang motosikal terbalik di lorong tengah kerana cuba mengelak mangsa.
Kelewatan ambulans yang tidak dapat menggunakan lorong kecemasan akibat dihalang kenderaan menyebabkan dua adik beradik itu maut sebelum sempat dirawat di hospital.
Topic Berkaitan
#(JPJ) akan memanggil 91 pemilik kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan sehingga menganggu ambulans di Kilometer 228
#Ahad lalu
#Datuk V.Valluvan
#Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Simpang Ampat
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan