awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

94 iklan penjualan beras dalam talian diturunkan sehingga 31 Mei - KPKM

Bernama
Bernama
03/07/2024
03:30 MYT
94 iklan penjualan beras dalam talian diturunkan sehingga 31 Mei - KPKM
Hasil semakan mendapati beras yang dijual itu dipercayai diperoleh dari sumber tidak sah. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Sebanyak 94 iklan berkaitan penjualan beras secara dalam talian telah diturunkan oleh penyedia platform e-dagang bagi tempoh 1 Okt 2023 hingga 31 Mei tahun ini, kerana tidak mempunyai lesen runcit yang dikeluarkan Kawalselia Padi dan Beras (KPB).
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan hasil semakan, pihaknya turut mendapati beras yang dijual itu dipercayai diperoleh dari sumber tidak sah.
Kenyataan itu menyebut, penjualan barang kawalan beras yang menggunakan platform e-dagang adalah terikat dengan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Sekiranya didapati bersalah, pihak terlibat boleh didenda sehingga RM25,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, menurut kenyataan itu.
Menurut KPKM, padi dan beras adalah barang kawalan di bawah Akta 522 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang memperuntukkan sebarang urus niaga melibatkan barang kawalan di peringkat kilang, borong dan runcit termasuk jualan secara dalam talian memerlukan lesen yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah KPB.
"Ketiadaan lesen barang kawalan beras adalah kesalahan di bawah Peraturan 3 iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit) 1996," menurut kenyataan itu.
KPKM memaklumkan, beras dijual kepada pengguna dalam talian disyaki beras yang dibawa masuk ke dalam negara tanpa mendapat kelulusan kerajaan dan merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 10(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit) 1996.
"KPB sentiasa memantau aktiviti penjualan beras menggunakan platform dalam talian dengan kerjasama penyedia platform e-dagang bagi membendung aktiviti itu daripada terus berleluasa," menurut kenyataan itu.
Kementerian itu turut mengingatkan kepada peniaga bahawa penjualan secara dalam talian barangan kawalan padi dan beras perlu mematuhi mana-mana perundangan sedang berkuat kuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#iklan beras
#KPKM
#dalam talian
#E-dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan