awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

95 keluarga Kampung Sungai Pinang terima surat duduki PPR Perling

Astro Awani
Astro Awani
11/12/2021
08:39 MYT
95 keluarga Kampung Sungai Pinang terima surat duduki PPR Perling
Program itu bertujuan menyediakan penginapan lebih kondusif kepada rakyat yang mendiami kawasan setinggan di sekitar Johor Bahru. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Sebanyak 95 keluarga di Kampung Sungai Pinang, Perling, Johor menerima surat tawaran menduduki rumah sewa menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) Perling, di sini hari ini.
Program itu bertujuan menyediakan penginapan lebih kondusif kepada rakyat yang mendiami kawasan setinggan di sekitar Johor Bahru.
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN Perling, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, projek itu turut melibatkan penduduk dari kawasan Perkampungan Sungai Pinang, Sungai Danga di Tampoi, dan beberapa penduduk di Kempas.
"Pada hari ini dengan ihsan kerajaan yang dipimpin Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, maka kita meneruskan projek-projek memberikan rumah yang selesa kepada penduduk supaya mereka akan mendapat merasakan perumahan yang lebih selesa.
“Tambah-tambah lagi di kawasan Johor Bahru ini di mana memang mahal daripada segi harga. Jadi projek-projek berjiwa rakyat seperti PPR Perling ini mampu meredakan kos perumahan yang tinggi di kawasan Johor Bahru ini,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Perling, Johor.
Selain itu dimaklumkan kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan pengecualian bayaran sewa selama setahun kepada penduduk, dan mereka perlu menunggu kelulusan daripada Setiausaha Kerajaan Johor (SKJ) Bahagian Perumahan untuk memasuki rumah.
Semua penerima diberikan bantuan berjumlah RM3,000 dari peneraju, iaitu Syarikat Tanjung Bidara Sendirian Berhad, untuk kegunaan proses perpindahan dan bayaran deposit serta utiliti.
Topic Berkaitan
#Nur Jazlan Mohamed
#PPR Perling
#SUK Johor
#Program Perumahan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan