awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Abah' umum berita gembira, 'Pak Long Mail' pula beri sekatan - Ismail Sabri komen reaksi netizen

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
08/06/2020
07:33 MYT
'Abah' umum berita gembira, 'Pak Long Mail' pula beri sekatan - Ismail Sabri komen reaksi netizen
Ismail Sabri menegaskan, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang berkuatkuasa 10 Jun ini masih tertakluk di bawah peraturan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuatkuasa 10 Jun ini masih tertakluk di bawah peraturan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bakal ditamatkan.
Malah, kata beliau, apa sahaja tindakan yang dilakukan kerajaan adalah ia bagi memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak.
Kenyataan Ismail Sabri itu berikutan komen netizen yang menjangkakan beliau akan mengeluarkan sekatan walaupun pengumuman berita gembira diumumkan Perdana Menteri semalam.
"Saya baca komen netizen yang kata walaupun "Abah" (Perdana Menteri) sudah umumkan sesuatu yang menggembirakan, namun mereka yakin "Pak Long Mail" (merujuk pada beliau) akan memberikan sekatan-sekatan.
"Mungkin petang nanti "Pak Ngah Hisham" pula akan lakukan. Apa akan dilakukan tidak lain ialah untuk jaga keselamatan dan kesihatan tuan-tuan semua.
"Jadi walaupun kita beri kebebasan namun walaupun PKPB akan berakhir, namun PKPP masih tertakluk kepada Akta 342,'' katanya dalam sidang media harian di sini pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Abah
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#keselamatan
#kesihatan
#Media
#menteri
#Pak Long Mail
#Perdana Menteri
#perintah kawalan pergerakan
#PKPB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan