MALAYSIA
Abang didakwa rogol adik perempuan

Tertuduh (tengah) meninggalkan Kompleks Mahkamah Kota Bharu selepas tidak mengaku salah. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang pembantu kedai makan berusia 20 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tiga pertuduhan merogol adik kandungnya, bermula ketika usia mangsa 11 tahun.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 20 tahun didakwa atas tiga pertuduhan merogol adik kandungnya, dengan kejadian didakwa berlaku antara April 2023 hingga April 2025 di sebuah rumah di Bachok.
- Tertuduh mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan jaminan RM30,000 dengan syarat tambahan termasuk melapor diri di balai polis dan tidak mengganggu mangsa; mangsa kini di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 6 Ogos, dan laporan kimia serta bedah siasat akan dikemukakan; mangsa dilaporkan mengalami trauma dan tekanan psikologi akibat kejadian.
Pada pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa di dapur rumah pada Disember 2024 dan bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa merogol mangsa sama dalam sebuah bilik pada April lalu.
Kesemua kejadian didakwa berlaku di sebuah rumah di sebuah kampung di Bachok.
Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun, selain sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Firdaus Zainal Abidin.
Mangsa kini berusia 13 tahun dan berada di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pada prosiding itu, Mohd Firdaus mengemukakan rayuan supaya tertuduh dibenarkan jamin dengan alasan pesalah muda dan kejadian pertama didakwa berlaku semasa tertuduh berusia 17 tahun.
“Tertuduh tak pernah larikan diri, dia baru tiga bulan mendirikan rumah tangga dan isterinya mengandung di usia kehamilan peringkat awal.
“Hari ini bapa dan isterinya hadir, bersedia nak jadi penjamin dan memastikan tertuduh tak kacau mangsa. Tertuduh akan berpindah ke Kuala Lumpur bersama isteri untuk bekerja,” katanya.
Ahmad Faiz Fitri bagaimanapun membantah permohonan itu dan sekiranya jamin dibenarkan, beliau meminta mahkamah mengenakan jumlah yang tinggi iaitu RM15,000.
“Rogol didakwa berlaku semasa mangsa berusia 11, 12 dan 13 tahun, tiga tuduhan serius terhadap adik kandung. Mahkamah juga sedia maklum keseriusan kes sebegini di Kelantan.
“Mangsa trauma, mengadu sakit dada dan mendapat rawatan serta disahkan alami tekanan psikologi akibat kejadian ini,” katanya.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan syarat perlu lapor diri di balai berdekatan setiap bulan dan tidak boleh mengganggu mangsa.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 6 Ogos ini.
Tertuduh tidak menjelaskan wang jaminan. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami