KUALA LANGAT: Seorang lelaki yang berlagak samseng dan meminta wang perlindungan daripada seorang wanita tempatan ditahan polis di sekitar Sungai Jarom, di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Ahmad Rihdwan Mohd [email protected] berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 34 tahun pada jam 2 petang Ahad.
"Polis mengesan dua video tular yang dimuat naik di aplikasi TikTok pada 23 Oktober, mengenai kejadian pemerasan wang perlindungan dan kebakaran kain rentang khemah di sebuah kedai runcit di sekitar kawasan Sungai Jarom.
"Mangsa pernah membuat laporan polis menyatakan sebelum ini dia dihubungi seorang lelaki tempatan yang meminta wang perlindungan kerana menjaga kedai miliknya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat, polis berjaya mengesan dan menahan suspek serta merampas sebuah telefon bimbit dan kad sim sekitar jam 4.30 petang.
Ahmad Rihdwan berkata, semakan rekod mendapati suspek yang berusia 42 tahun mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.
"Suspek ditahan di lokap Balai Polis Banting Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan (pemerasan) dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat api) yang memperuntukkan penjara maksimum 14 tahun serta denda," ujar beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 24 2022

Suspek ditahan di lokap Balai Polis Banting Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat. - Gambar hiasan

Cabaran getir buat skuad badminton negara dalam Piala Sudirman
Malaysia dijangka berdepan laluan sukar pada Kejohanan Piala Sudirman yang dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 21 Mei di Suzhou, China.

Warga emas parah rumah dirempuh MPV meninggal dunia
Mangsa, Rahimah Abdul Majid, 82, meninggal dunia pada jam 10.30 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Piala Sudirman: Malaysia berentap dengan Taiwan, India di peringkat kumpulan
Skuad badminton negara akan berdepan cabaran sengit Taiwan dan India dalam saingan peringkat kumpulan Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China pada Mei depan.

Bakal jemaah Haji berpeluang dapatkan Pakej Rahmah
Bakal jemaah haji pada tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan pada harga di bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang diberikan lesen oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Malaysia terbuka untuk perbincangan semula pembinaan
Malaysia terbuka untuk mengadakan perbincangan semula berhubung pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) yang sebelum ini dihentikan.

Status pemulihan air di mencapai 25.5 peratus
Susulan gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam. Air Selangor memaklumkan, sehingga pukul 12 tengah hari Sabtu, status pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai 25.5 peratus

Ditegur baca doa laju, lelaki bertindak pukul bapa
Seorang lelaki diberkas selepas memukul bapanya menggunakan kerusi ketika berbuka puasa dalam kejadian di sebuah rumah di sini pada Jumaat. Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Lawatan rasmi PM ke China dijangka teroka kerjasama pelbagai bidang baharu
Kerajaan kedua-dua negara yang mendapat mandat baharu itu mungkin menumpukan kepada bidang pelancongan, kesihatan dan pendidikan.

Fokus Minggu Depan: Untung nasib peniaga di bulan Ramadan
Fareez Azman, Wartawan Astro AWANI

Wanita mohon maaf rempuh enam gerai bazar Ramadan
Kejadian lebih kurang jam 10 pagi itu berlaku ketika dia hendak meletakkan kenderaannya di situ susulan kedai sewanya berhampiran lokasi tersebut.

'Abang kawasan' ditahan minta wang perlindungan
Polis berjaya mengesan dan menahan suspek serta merampas sebuah telefon bimbit dan kad sim sekitar jam 4.30 petang.

Pekerja buruh ditahan peras ugut tauke kedai runcit
Suspek berusia 41 tahun itu datang ke kedai dan meminta seorang lelaki berusia 64 tahun membayar wang perlindungan RM100.

Empat lelaki diberkas disyaki terlibat kes pemerasan
Siasatan awal mendapati suspek telah meminta wang perlindungan setiap bulan dengan jumlah bayaran seikhlas hati.

Pengurus syarikat direman bantu siasatan kes rasuah hampir RM1 juta
Mahkamah mengeluarkan perintah reman selama lima hari terhadap seorang pengurus syarikat bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah hampir RM1 juta.

Lindungi premis haram: Tiga lagi penguat kuasa MBSA direman
Perintah reman yang bermula hari ini sehingga 19 Ogos itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret di sini.

Tiga lagi penguat kuasa MBSA dicekup SPRM
Ketiga-tiga anggota penguat kuasa akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Pegawai polis antara ditahan dipercayai terbabit aktiviti pemerasan
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata siasatan awal mendapati, cara pemerasan yang digunakan dalam kes melibatkan pegawai yang ditahan itu, mirip kumpulan gangster.

Pelayan restoran dipukul selepas tegur sekumpulan lelaki membuat bising
Dalam kejadian kira-kira 12.50 tengah malam itu, kumpulan lelaki terbabit yang berang akibat ditegur, bertindak memukul mangsa menggunakan kerusi dan kayu.

Bekas anggota polis dibuang kerja, masuk kongsi gelap jadi 'Abang Long Balang'
Mangsa telah diugut oleh 'Abang Long Balang' dirinya akan dicederakan sekiranya tidak membayar wang perlindungan setiap bulan.

Wang perlindungan: Pinggir bandar jadi sasaran kongsi gelap - Polis
Mendedahkan perkara itu, beliau berkata kawasan pinggir bandar di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan Perak adalah antara lokasi panas yang menjadi sasaran kumpulan kongsi gelap itu.