Akibat tidak berpuas hati dengan bunyi bising yang dilakukan jirannya, seorang lelaki bertindak menetak jiranya dengan parang di Taman Kempas, di sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu, kejadian itu berlaku sekitar pukul 10.30 malam tadi apabila suspek bertindak ke rumah mangsa lalu menjerit memanggilnya keluar.
Katanya, mangsa ketika itu, sedang bermain alatan gim di bahagian ruang tamu rumahnya.
Suspek terus menjerit dan memarahi mangsa serta mendakwa peralatan gim yang dihempas ke lantai itu mengeluarkan bunyi bising yang kuat.
Pertengkaran yang berlaku antara mereka berdua menyebabkan mangsa telah ditetak oleh suspek.
Mangsa mengalami cedera di tepi tapak tangan, lengan dan bahu sebelah kiri serta tulang lengan kiri patah akibat ditetak.
Mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil serta akan menjalani pembedahan pada tulang tangan kiri.
Jelas Adzli, suspek pula telah ditahan di rumahnya malam tadi dan polis turut menemui sebilah parang sepanjang satu meter dipercayai digunakan dalam pertengkaran itu.
Suspek yang berusia 63 tahun itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Apr 14 2020

Mangsa cedera di tepi tapak tangan, lengan dan bahu sebelah kiri serta tulang lengan kiri patah akibat ditetak oleh jirannya. - Gambar PDRM

APR-35 | Masyarakat antarabangsa perlu amal semangat 'Keluarga Dunia'
Komuniti antarabangsa perlu melipatgandakan persediaan berdepan dengan ketidaktentuan, serta bekerjasama ke arah masa hadapan yang lebih aman, progresif, inklusif dan makmur, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, ekonomi dan politik dunia kini berdepan dengan situasi pasca pandemik yang kompleks, selain terdapatnya persaingan yang semakin sengit antara kuasa-kuasa besar dunia.

Jenayah | Bapa mangsa kelar tidak simpan dendam kepada menantu
Walaupun kematian anak dan cucu, Rosman Ahmad tidak berdendam kepada menantunya, yang menjadi suspek kepada pembunuhan kejam. Walaupun suspek mengelar leher kedua-dua mangsa, Rosman yakin apa yang berlaku adalah di luar kawalan menantunya.

Malaysia-Turki | PM tiba di Istanbul bagi lawatan rasmi empat hari
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen (ISG) bagi memulakan lawatan rasmi empat hari ke Turki atas jemputan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Banjir Baling | PM arah salur bantuan segera kepada mangsa
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan bantuan segera disampaikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir di Baling, Kedah. Perdana Menteri yang kini berada di Turki untuk lawatan rasmi, berkata beliau turut mengarahkan setiausaha politik, Datuk Mohammad Anuar mewakilinya, untuk turun ke kawasan bencana bagi meninjau dan memastikan bantuan disalurkan secepatnya kepada mangsa.

Wanita maut dicekik ketika disamun
Seorang wanita berusia 52 tahun maut setelah dicekik sehingga mati oleh seorang lelaki dalam satu kejadian samun, pada jam 6 pagi tadi.

'Jika Najib mahukan pengampunan, ikut proses' - Tok Mat
Pengampunan DiRaja sebelum seseorang individu yang didapati bersalah di Mahkamah, menjalani hukuman yang dijatuhkan ke atasnya, adalah sesuatu yang salah, tegas Datuk Seri Mohamad Hasan.

Isu tukar tanah MINDEF: Onn Hafiz beri keterangan kepada PAC
Onn Hafiz adalah saksi keempat prosiding itu berikutan pendedahan Jawatankuasa Siasatan, Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) kepada PAC.

Banjir Baling: Perdana Menteri arah salur bantuan segera kepada mangsa
Perdana Menteri dalam masa yang sama mendoakan agar mangsa-mangsa banjir tabah menghadapi dugaan tersebut.

Permohonan Ahmad Zahid terbit semula, halang sebar rakaman kenyataan Tun Mahathir ditolak
Mahkamah berpendapat plaintif (Ahmad Zahid) perlu membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir adalah tidak benar.

Kejayaan filem Mat Kilau bukti dasar kerajaan tepat, bantu penerbit tempatan
Filem arahan Syamsul Yusof itu menerima Dana Kandungan Digital (DKD) dengan jumlah geran Dana Produksi sebanyak RM1.5 juta dan Dana Pemasaran RM300,000.

'Abang sado' ditetak jiran sebab buat bising
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi dipercayai akibat suspek naik berang selepas jirannya membuat bising.

'The Lepak Game' jalin perpaduan pelbagai kaum
Permainan ini unik kerana mengunakan bahasa slanga dan jenaka yang hanya difahami orang Malaysia.