awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abbott tarik balik dua jenama susu formula daripada pasaran Malaysia

Bernama
Bernama
24/02/2022
15:54 MYT
Abbott tarik balik dua jenama susu formula daripada pasaran Malaysia
Alasan bagi penarikan itu ialah bagi menguji kehadiran bakteria jenis Cronobacter sakazakii atau Salmonella Newport dalam kedua-dua produk meskipun belum ada yang diuji positif setakat ini. - Gambar hiasan/ AFP Relax
KUALA LUMPUR: Dua jenama susu formula keluaran Abbott iaitu Alimentum dan Human Milk Fortifier yang dikilangkan di Sturgis, Michigan, AS telah ditarik balik daripada pasaran di Malaysia.
Kenyataan Abbott hari ini memaklumkan bahawa alasan bagi penarikan itu ialah bagi menguji kehadiran bakteria jenis Cronobacter sakazakii atau Salmonella Newport dalam kedua-dua produk meskipun belum ada yang diuji positif setakat ini.
"Hospital dan farmasi sudah dimaklumkan untuk menghentikan jualan dan Abbott menasihati ibu bapa agar mendapatkan pandangan daripada golongan profesional kesihatan berhubung pilihan pemakanan alternatif.
"Produk lain tidak terjejas dan pengguna boleh terus menggunakannya dengan yakin," menurut kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan berkaitan pemulangan dan penarikan balik produk terbabit, orang ramai boleh menghubungi Abbott Nutrition Careline di talian 1800-88-6233 atau e-mel kepada [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#abbott
#susu formula
#tarik balik
#pasaran malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan