awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ABC-19: 15,000 sukarelawan bantu pendaftaran vaksinasi komuniti luar bandar - Redzuan

Isabelle Leong
Isabelle Leong
26/03/2021
09:30 MYT
ABC-19: 15,000 sukarelawan bantu pendaftaran vaksinasi komuniti luar bandar - Redzuan
Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof mempengerusikan Mesyuarat JPBP di Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya pada Jumaat. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Seramai 15,000 sukarelawan daripada lapan badan sukarela sudah berdaftar sebagai Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) untuk membantu komuniti di luar bandar dengan pendaftaran vaksinasi COVID-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JBP), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata pendaftaran sukarelawan tersebut mampu menambah kekuatan jentera sukarela sekali gus menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
“Sukarelawan itu menerusi daerah dan negeri, akan mengangkat segala bentuk pelaporan dari sudut pemantauan PUI (individu bawah siasatan) dan PUS (individu bawah pemantauan), berapa ramai yang disuntik, berapa ramai yang perlu disuntik dan siapa yang belum berdaftar untuk menerima suntikan vaksin.
“Kami akan kerahkan mereka masuk ke kawasan kampung dan luar bandar untuk memastikan komuniti ini dapat disuntuk dalam PICK,” kata Mohd Redzuan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) di Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya pada Jumaat.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Datuk Dr Aminuddin Hassim.
Mengulas lanjut, beliau berkata terdapat 16 peratus daripada rakyat Malaysia yang belum membuat keputusan sama ada untuk menerima suntikan vaksin tersebut atau sebaliknya.
“Stastik yang kami lihat, ia telah mencapai 68 peratus bagi mereka yang memang yakin untuk menerima suntikan vaksin.
“Kami melihat sasaran kami adalah untuk mencapai 80 peratus.
“Jadi ia menjadi tugas kami untuk memberikan maklumat kepada masyarakat dan pentingnya untuk mereka menerima vaksinasi,” katanya.
Untuk rekod, PICK menyasarkan untuk memvaksin kira-kira 80 peratus populasi Malaysia berusia 18 tahun ke atas menjelang suku pertama tahun depan, bagi mencapai imuniti kelompok terhadap COVID-19.
Topic Berkaitan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Agen Basmi COVID-19
#ABC-19
#COVID-19
#vaksin
#luar bandar
#imuniti kelompok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan