Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata beliau tidak merasa tergugat walaupun ramai calon baharu menawarkan diri bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan parti kali ini.
Beliau yakin anggota Umno di peringkat akar umbi bijak untuk menilai pemimpin yang benar-benar berjuang untuk parti dan sanggup turun ke bawah membantu jika kesusahan menimpa mereka.
"Bagi diri saya tidak (tergugat), lebih ramai lebih meriah...ahli Umno di peringkat akar umbi cerdik, mereka tahu mana pemimpin yang benar-benar berjuang untuk mereka," katanya di sini pada Ahad.
Abdul Azeez berkata demikian sebagai mengulas persaingan hebat jawatan Anggota Majlis Tertinggi apabila seramai 64 pemimpin Umno mendaftar merebut 25 jawatan MT yang dipertandingkan.
Keadaan itu membuktikan Umno bersikap demokrasi dan memberi laluan kepada sesiapa juga termasuk ketua cawangan untuk bertanding bagi jawatan itu, katanya.
Bernama
Sun Sep 22 2013
Gitar John Lennon dilelong RM3.81 juta
Sebuah gitar akustik yang lama hilang milik anggota The Beatles, John Lennon ditemui semula dan akan dipamerkan serta dilelong di New York City.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia kongsi pengalaman perjuang nasib rakyat Palestin - Syed Ibrahim
Delegasi negara berkongsikan pengalaman Malaysia sebagai usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
Najib tahu Jho Low curi wang 1MDB sejak 2015 - Tong
Tong juga menyatakan, Datuk Seri Nazir Razak, iaitu adik Najib, telah pergi ke London bersama Tong untuk menemui Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyelesaikan masalah 1MDB ini.
Jumlah pendeposit TH kembali stabil - Pengerusi TH
Jumlah pendeposit Tabung Haji kembali stabil setelah rakyat mula meletakkan kepercayaan semula kepada TH, kata pengerusi TH.
Apandi tidak dibayar, pelantikan prerogatif menteri - Lembaga Pengarah TH
Tambah Abdul Azeez, pelantikan Mohamed Apandi itu bukan luar biasa kerana bekas peguam negara dahulu turut dilantik sebagai lembaga pengarah syarikat.
TH jawab dakwaan kedudukan kewangan, agihan dividen minggu depan - Abdul Azeez
Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pembayaran dividen TH akan diumumkan sebelum perayaan Tahun Baru Cina.
Najib perlu pertimbang jawatan Abdul Azeez di Tabung Haji - UMNO Cheras
Syed Mehdhar menuntut Najib menasihatkan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim supaya meletakkan jawatan.
Abdul Azeez yakin akar umbi bijak nilai pemimpin
Beliau yakin anggota Umno di peringkat akar umbi bijak untuk menilai pemimpin yang benar-benar berjuang untuk parti.