Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar menjadi individu kedua dilantik sebagai mentor program 1Malaysia For Youth (iM4U).
Beliau merupakan mentor kedua selepas pelakon antarabangsa Tan Sri Michelle Yeoh dilantik tahun lepas.
Abdul Wahid, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Berhad, berkata beliau bersedia menjadi mentor dalam membantu golongan belia dalam bidang pendidikan dan pengurusan korporat.
Katanya, beliau menerima pelantikan itu kerana didorong oleh peranan iM4U sebagai landasan yang amat baik dalam membantu golongan muda berjaya dalam bidang masing-masing.
"Saya mahu lebih mendekati golongan remaja dan saya amat bersedia dalam memberi inspirasi kepada golongan muda supaya mereka dapat berkhidmat kepada negara," katanya kepada wartawan selepas pelantikan di Petaling Jaya, Sabtu.
Abdul Wahid berkata seseorang remaja itu akan mampu lebih berjaya jika mereka menceburi bidang yang mereka minati.
"Generasi muda hari ini amat bertuah kerana banyak kemudahan yang telah disediakan, di samping kemajuan teknologi internet dan media sosial. Saya melihat (fenomena) ini sebagai satu kelebihan (kepada mereka).
"Ini juga memudahkan kita untuk mendekati mereka dan membimbing mereka untuk berjaya di masa hadapan walau apapun bidang yang mereka pilih," katanya.
Sementara itu, Pengarah khidmat Koporat iM4U, Azlan Rudy Malik berkata Abdul Wahid dipilih kerana pengalaman beliau yang cemerlang dalam bidang kewangan dan korporat yang dapat memberi inspirasi dan model kepada golongan muda.
Ditanya mengenai sasaran keahlian tahun ini, Azlan Rudy berkata pihaknya menyasarkan penambahan 900,000 keahlian daripada 1.1 juta ahli sekarang.
Bagi mencapai sasaran tersebut, Azlan berkata iM4U bakal menjadikan media sosial dan internet sebagai medium utama dalam setiap program yang bakal dijalankan.
Hasil ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, program iM4U dilancarkan pada 2012 sebagai platform untuk belia Malaysia melibatkan diri dalam kegiatan kesukarelaan dan pembinaan negara bangsa demi manfaat masyarakat.
Bernama
Sat Apr 05 2014
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Abdul Wahid mentor ke-2 IM4U
Datuk Seri Abdul Wahid Omar merupakan mentor kedua selepas pelakon antarabangsa Tan Sri Michelle Yeoh dilantik tahun lepas.
Najib jemput umat Islam sertai solat hajat di Masjid WP Khamis
Perdana Menteri turut dijadual menghadiri majlis itu yang dianjurkan 1Malaysia For Youth dan masjid berkenaan.
19,000 sukarelawan 1M4U cari William Yau
Sukarelawan 1Malaysia For Youth digerakkan untuk membantu usaha mencari William Yau Zhen Zhong.