ABIM gesa Papagomo tarik balik kenyataan samakan logo dengan dajal

Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menyatakan hasrat untuk berbincang dengan pasukan peguam ABIM untuk mengambil tindakan selanjutnya. - Foto ihsan ABIM
BANGI: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo untuk menarik balik kenyataannya yang didakwa menyamakan logo ABIM dengan dajal.
Ringkasan AI
- ABIM gesa Papagomo tarik balik kenyataan yang didakwa samakan logo ABIM dengan dajal.
- Presiden ABIM mahu berbincang dengan peguam ABIM berkenaan tindakan lanjut berhubung isu logo.
- Logo ABIM direka oleh Prof. Diraja Syed Naqib al-Attas dengan makna simbolik yang mendalam.
Menurut Fahmi, logo ABIM telah direka oleh tokoh negarawan iaitu Profesor Diraja Syed Muhammad Naqib al-Attas dan terkandung falsafah melalui makna Allah, Muhammad, rukun iman dan rukun Islam.
Pada masa sama, Fahmi turut menggesa agar Papagomo tidak memanjangkan tohmahan mengenai logo NGO pro-Palestin itu.
“Jangan panjangkan perkara ini kalau tidak, mungkin kita fikirkan untuk bincang dengan pasukan peguam,” ujarnya lagi.
Fahmi turut berpesan kepada Papagomo agar perseteruan terhadap individu tidak dikaitkan dengan ABIM.
Pada Oktober, Papagomo dalam sebuah klip video mendakwa logo ABIM jika diterbalikkan seakan-akan menyerupai individu bermata satu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


