awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abu Hassan Omar meninggal dunia akibat serangan jantung

Bernama
Bernama
08/09/2018
21:30 MYT
Abu Hassan Omar meninggal dunia akibat serangan jantung
Abu Hassan merupakan Menteri Besar Selangor yang ke-12 dan memimpin negeri ini pada tahun 1997 sehingga 2000 dan juga merupakan Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia Selangor.
Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Dr Abu Hassan Omar meninggal dunia pada Sabtu di sebuah hospital swasta di sini akibat serangan jantung pada usia 77 tahun.
Menurut Pegawai Khasnya Datuk Mohamad Isa Ishak, Abu Hassan pada petang Sabtu mengadu sesak nafas dan sakit di bahagian dada dan kemudian telah dibawa ke sebuah hospital swasta di sini oleh menantunya untuk menerima rawatan.
"Tan Sri meninggal dunia akibat serangan jantung. Pada pukul 8.05 malam tadi doktor yang merawatnya telah memberitahu beliau telah meninggal dunia," katanya.
BACA: Bekas MB Selangor meninggal dunia
Abu Hassan merupakan Menteri Besar Selangor yang ke-12 dan memimpin negeri ini pada tahun 1997 sehingga 2000 dan juga merupakan Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia Selangor.
Beliau meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Wan Nor Daud, empat anak, 15 cucu dan seorang cicit.
Anak ketiganya Mohd Hasri meninggal dunia pada 2014 akibat serangan jantung di rumahnya.
Sementara itu, Mohamad Isa berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5, di sini, selepas solat Zohor hari ini.
Jenazah Allahyarham tiba di kediamannya di Kota Kemuning pada kira-kira pukul 11 malam
Antara orang kenamaan dan sahabat yang hadir menziarah adalah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Anggota Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#abu hassan omar
#jantung
#kebumi
#Makam Diraja Shah Alam
#meninggal dunia
#Menteri Besar
#Selangor
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan