awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abu Talib dilantik sebagai ahli lembaga Tabung Haji

Bernama
Bernama
20/08/2018
03:53 MYT
Abu Talib dilantik sebagai ahli lembaga Tabung Haji
Pelantikan Abu Talib berkuat kuasa pada 10 Ogos. - Gambar fail
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman, dilantik sebagai ahli lembaga Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH).
TH, dalam pengumuman menerusi laman webnya berkata pelantikan Abu Talib berkuat kuasa pada 10 Ogos, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perakaunan Profesional Malaysia Datuk Zaiton Mohd Hassan dan Timbalan Pengerusi, Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Prof Dr Ashraf Md Hashim.
Sementara itu, Datuk Seri Ismail Bakar dilantik sebagai Wakil Perbendaharaan untuk TH mulai 10 Ogos. Beliau ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Abu Talib kini mengetuai Jawatankuasa Khas mengenai 1Malaysia Development Bhd, manakala Zaiton ialah Pengarah Bank Islam, Sime Darby Plantations Bhd dan Dolphin International Bhd.
Ashraf pula berkhidmat sebagai ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Bursa Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abu Talib Othman
#ahli lembaga pengarah
#Tabung Haji
#TH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan