MALAYSIA
Abuya bakal berdepan enam lagi pertuduhan jenayah seksual di Kelantan

Suspek (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Pasir Mas minggu lepas. -Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Mudir sebuah pondok pengajian agama di Kelantan yang dikenali sebagai Abuya akan berdepan enam lagi pertuduhan berkaitan kes jenayah seksual terhadap remaja lelaki dalam masa terdekat.
Ringkasan AI
- Suspek yang dikenali sebagai Abuya telah dituduh dengan sembilan pertuduhan berkaitan jenayah seksual terhadap remaja lelaki di Kelantan dan Terengganu.
- Polis menerima aduan baharu daripada mangsa lain dan menjangka enam lagi pertuduhan akan dikemukakan dalam masa terdekat.
- Siasatan dijalankan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
“Selain itu, dia turut berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Isnin lalu atas kesalahan sama terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Ahad.
Menurutnya, suspek kini dibebaskan dengan jaminan RM45,000 bagi tujuh pertuduhan di Kelantan dan RM18,000 untuk dua pertuduhan di Terengganu.
“Terbaharu, polis menahan semula suspek selepas menerima aduan baharu daripada mangsa lain berusia belasan tahun di lokasi yang sama.
“Dalam masa terdekat, enam lagi pertuduhan akan dibuat selepas ini,” kata Mohd Yusoff.
Tambah beliau, siasatan terhadap suspek dijalankan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami